Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

suka duka

assalamualaikum

peh dah lama gila x update blog. dulu time tgh final, rasa gatal jek tangan ni nak taip entri baru. idea buat entri pun melimpah ruah jek. ni dah cuti (tapi aku buat shortsem), malas pulak nak menaip. nak bukak page ni pun jarang benor la. haishh~ 

aritu aku ada pegi pulau kapas. banyak gambar aku snap. ingatkan nk masuk belog tapi lappy buat hal pulak. itu jugak antara sebab kenapa aku dah jarang update. now lappy dah ok, tapi antivirus takde, so takleh nak masukkan gambar. hemphh..ni yg buatkan terasa nk beli macbook nih -__-'

ohh ye. dalam sibuk-sibuk huru hara aku ni, sejak akhir-akhir ni macam2 berita jugak yang aku dapat. berita best ada, sedih pun ada.

#1 takziah buat member aku, Ben atas kehilangan ayah tersayang. jangan pernah berhenti untuk mendoakan kesejahteraan arwah. aku harap Ben terus kuat and be a better man :)

#2 tahniah buat senior time skolah, abg Yol and kak Khotibah sbb bakal mendirikan masjid bulan Jun ni. semoga berkekalan ke akhir hayat

#3 takziah buat maklong (mak sedara aku) and family sebab Along (bapak sedara aku) telah dikenalpasti ada penyakit jantung. and baru2 ni doktor sahkan yang Along ada kanser hati jugak. tersentap jiwa raga aku bila dapat tau ni. nak2 lagi, bila pegi ke IJN semalam, maklong xdapat tahan sebak...kita doakan maklong and family terus kuat hadapi cabaran ni. kita sama2 ikhtiar dan berdoa ye? :')

#4 tahniah buat kakak aku, Yayah!!! heheheee..alhamdulillah, 725am|19mei2011 telah selamat melahirkan seorang baby girl yang sihat dgn berat 2.98kg. now kakak aku dh balik Pekan, berpantang kat sana. tinggal aku sorang la terdampar kat KL ni T_____T

#5 tahniah juga buat cous aku, Dr Arif atas majlis pernikahan beliau hari ni 21mei2011. and sory jugak buat Arif and isteri serta Uncle Samad sbb family kitowg xdapat datang. langsung xde wakil yg boleh dtg majlis tu. ni semua sbb yayah dah bersalin, pastu Along sakit kat IJN. semua agak kelam kabut.. hope perkahwinan ni kekal ke hujung nyawa :D
external hard disk aku rosak. ada movie KAMI dalam tu. sedih gila lah!
T___T




till then. ciao!


Tuesday, April 26, 2011

bila rindu..

adriana: mama, sekarang ni dah bulan 5 ke?


nani (kakak aku): belum. baru bulan 4 ni..


adriana: cik sent balik lambat lagi la ye mama?


nani: yee..cik sent balik bulan 5, bulan depan 


adriana: lambatnyaa *muka monyok*






aku: *touched* :')


cik sent yg hitam. time 1st year ni. baru balik pulau. hihik~





hehe. adriana, sejak dia tau aku balik bulan 5 nnti, banyak kali dia asyik tanye je mama dia bila aku balik :') dah tak lama dah nak habis exam ni. tapiiiiiiiiii......


sorry kakak. cik sent balik lambat sikit la. kena pegi pulau kapas :'( sedihla tak dapat balik awal...





ps: entri ni dah buat lama. baru teringat nk post. sebab tiba-tiba rindu :'( esok paper ikan!

Sunday, January 2, 2011

puteri kesayangan hamba dan semua :')

assalamualaikum :)

Hari Khamis (30 Disember 2010) aku balik umah akak aku (Yayah) kat Bandar Tasik Selatan (BTS). iyelah, PM dah isytihar cuti Jumaat tu, sempena Harimau Malaya Aum-aumm menang Suzuki Cup kannn... :D happy siot dapat cuti. tapi kesian lak kat lecturer Eko Bentik aku tu (En. Wan). banyak dah kelas dia takde ni. kejap-kejap dia lupa kelas kitowg. skali dia nak ganti kelas tu, budak-budak (students) lak tak datang. hampeh toii arr bdak-bdak nih -___-' sian En. Wan. tapi disebabkan CUTI PERISTIWA hari Jumaat tu, terpaksa aku kebalkan hati. jangan kesiankan En. Wan...mueheheheee. takpe. aku tak bersalah. dah PM cakap cuti. so, sape lagi besar kuasa skang ni? hehehhh..

ok2 sambung story. kebetulan Khamis tu, akak sulung aku (Nani)+husband (Abg Radzi)+anak(Adriana) datang KL. akak aku tu memang dah lama plan nak lepak KL akhir tahun ni. SEBAB? sebab nak shopping la beb! setiap bulan dia akan simpan sikit daripada salary dia tuh semata-mata untuk simpanan SHOPPING! wallawehh akak aku memang brilliantO! aku pun senanye sejak dia bagitau cara-cara untuk shopping dengan 'heaven'nye, dah start menabung. ada 3bank. bank Islam memang khas PTPTipuu! , CIMBank simpanan shopping aku..hehe. lagi satu BSN. ni guna time matrik dulu jek. skang ni bankcard tu takleh read lak! geram seyhhh. kalau tak, lagi banyak tempat aku boleh savings :D adoiyaiii aku dah tersasar jauh ni -__-'

puteri kesayangan hamba ialah si kecik Puteri Adriana :') know what? dia betul-betul buat hati kecik gwa ni tersentuh beb! peh tacingggggg :')

Nani and famili lepak BTS sampai Jumaat je, then dyowg bermalam kat Cititel (kat MidV). tu hotel favourite dyowg sebab suka sangat shopping kat MidV+Gardens. pagi Jumaat tu Adriana ngah bfast ngan mama dia (Nani). sambil makan roti telur tu dia berjalan pegi kat aku sambil pegang air kotak Milo kecik (yang khas untuk kanak-kanak tu). time tu Rayyan (anak Yayah) dah bangun dari tido. so aku kena la jaga Rayyan sebab dia jalan pon terhuyung-hayang :D disebabkan kanak-kanak memang suke tengok/pegang/main benda baru so Rayyan try nak amek air kotak Milo tu dari Adriana. nasib baik ade aku so xdela berlaku pertumpahan air :p tiba-tiba Adriana letak something kat belakang aku. 

aku pun tengok lah. pelik (?)

aku: eh kakak(panggilan untuk Adriana)..kenapa letak air kotak ni kat sini. tu kat tangan tak habis lagi. nak bukak yang ni ke?
Adriana: tak lah. tu untuk cik Sent (panggilan anak2 sedara kat aku). cik Sent minum la skali :)
aku: la xpela. kakak minum jela. tu kan untuk kanak-kanak..
Adriana: takpe takpe. tu simpan untuk cik Sent laa...seriously time ni aku rase Adriana sweet gila! :')
aku: ok ok. tapi cik Sent simpan dalam peti eh? nanti Rayyan amek...
Adriana: ok!


maka thari tu berangkat lah Nani + famili ke Cititel. sedih siot aku. 2hari 1malam jek dapat jumpe dyowg T__T rinduu siot..nasib baik bukan 1famili datang. kalau tak lagi sedih :'( kiranye, lepas bermalam kat Cititel and shopping kat MidV selama 2hari, dyowg akan straight balik Pekan. memang tak dapat jumpa dah...

*************

pagi tadi (Ahad, 9.30am)..aku godek godek la peti sejuk umah akak aku tu sebab nak amek susu, nak buat Milo panas. tiba-tiba aku ternampak air kotak Milo Adriana kasi tu. serious! :-O aku ingatkan dia main-main jek nak kasi aku. iyelahh...Adriana tu bukan suke sangat share makanan ngan orang. tapi since Rayyan and Faiz lahir dia jadi tak kisah sikit. tapi seriously aku tak sangka psal air kotak tu. terkedu jap aku..dahla pintu peti sejuk terbukak, sejukkkk... lama aku termenung. peh terharu siot :') now air kotak tu aku bawak balik UKM. esok nak minum la kot :')


waaaaaaa...rindu kat Adriana. seriously dia betul-betul buat hati gwa terharu. tergenang air mata gwa beb! :')


sekian. tu je gwa nak story. tetiba gwa terasa nak curr-hat kat sini :') kalau lu geli, patutnye dari awal takyah baca..haha. satu je aku nak sampaikan kat sini. tak kira la umur berape pon kita. dengan sape pun kita buat baik..setiap kebaikan tu pasti ada balasan. setiap kebaikan tu pasti dapat menggembirakan. Adriana pun tau. baru nak masuk 4taun budak demok tu :')  korang? berbuat baik lah sesama kita... :)


puteri demok yang dimaksudkan :')
photoG: pija
edit: sentoro


ciao!

Tuesday, August 17, 2010

abah. :'{

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?



Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?



Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?



Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....



Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu

mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.



Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..


Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"


Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.


Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..



 sayang Abah sampai syurga. 



p/s: Aku mendapatkan notes ni dari fesbukk, dan mungkin ada baiknya jika aku share ngan korang. :) Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Abah / Ayah / Bapak / Daddy kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.

wallahu a'alam.

Monday, June 21, 2010

its JUNE abah! :D







Fathers are the ones that pick you up & give you the courage to do stuff you never thought you could. 
-Roselyn Sanchez-



heyy meet my ABAH :)


boleh kelik untuk tumbesaran


Saya sayang abah. Yes, i DO. :’) abah banyak mengajar aku betapa perlu bersyukur dalam hidup ni. Dalam banyak-banyak perkara yang penah abah pesan/cakap/bagitau aku, paling aku ingat ialah rezeki jangan ditolak. Orang dah bagi, xelok tolak. Terima je. abah cakap kat aku pasal ni pun time perjumpaan ibu bapa (kalau tak silap ;p) untuk student yg amek UPSR/PMR/SPM. Time tu aku amek..



Friday, May 21, 2010

tomorrow's to-do lists

20mei2010; 130petang; kuantan

alhamdulillah selamat jejak kaki ke bumi pahang ni. rindu! :') aku tak kira lak brape lama dah aku tak balik umah ni, tapi randomly aku kira almost 3months jugak la tak jejak kaki ke umah. sadiss betol la. akhirnya hari ni, alhamdulillah sampai jugak :))

aku sangat-sangat bersyukur dapat balik ni bukan la ape, cuma sbb da lame sgt kan xblk. tambah2 lagi, tadi aku naik bas SANI EXPRESS; yg mane kita tau, pernah mengorbankan byk nyawa dlm 1accident yg sangat ngeri! sentap gila aku pagi tadi, time gosok gigi, yana cite yang palap (mmbe aku) tegur time aku beli tiket tu. 

ayat palap; eh ni bukan ke bas yg 30owg mati tu ke?

SENTAP jantung wa der! :'((


tapi takpe. believe in Him :) baca doa naik kenderaan sebelum gerak tu. alhamdulillah. selamat dah sampai :')


well sedia maklum da kan, balik umah jadi bibik. teehee. rindu weh keje2 bibik ni. betul ckp incik pepel (eh da lama rase x inteprem nme incik pepel) ;P


ini dia, to-do-list untuk esok (noted this: ni untk esok. lusa maybe bertambah2 keje :D );
#1. kemas umah (mestila)
#2. cuci kipas
#3. masak (fr sure!)
#4. basuh baju
#5. lepaKing
etc etc..


okie dokie. have a nice dayy semua coz im having a really nice holidayy here! :') 


p/s: sangat bahagia + seronok bila lama xbalik sbb rasa itu lain. adriana rajin nak peluk and slalu berkepit ngan aku. faiz pon senyum lebar je nampak aku. teehee~ 
ciksent sayang babies sume! :') 
xoxo Like