Showing posts with label .::sharingiscaring::.. Show all posts
Showing posts with label .::sharingiscaring::.. Show all posts

Monday, April 4, 2011

kenapa kita perlu baca Quran, w/pun tidak memahaminya?

assalamualaikum :)

tadi aku jumpa artikel ni kat FB (mcm biasa lah, sumber segala gossip/group2 freak|merepek/artikel2 yg bagus). so aku decide nak letak sini, share ngan sesape yg ade terbaca belog ni, and untuk peringatan sendiri jugak :)


*****************
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.


sekadar hiasan

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’





p/s: daripada kita tulis benda2 tak elok kat FB/belog etc, dok bergossip tak pasal, pumpangpumpang sana-sini, baik lah pegi baca Quran.

Tuesday, March 29, 2011

jangan kahwin dengan perempuan yang ada 6 sifat ni..

assalamualaikum :)


ehemm..the title sound a bit harsh. izit? heh. aku terjumpa kat FB tadi, and i was so shocked. tak penah pulak aku jumpa artikel ni before this..


cekidoudd..






Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".






1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:


Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.




Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.










p/s: sebaiknya, kahwin la dengan wanita bernama Hasanah. :P

Tuesday, March 15, 2011

There are two kinds of silence...


The awkward silence: the silence between two people who have nothing to say to each other.
The perfect silence: the silence between two people who have a million things to say to each other, but choose not to do it at that moment, because they know they will have a million other opportunities to say them, because they are going to be in each other’s life’s forever. Usually you walk away from the perfect silence feeling like you just had the best conversation ever.


p/s: awkward silence sangat awkward and aku penah rasa. sampai rasa nekad sangat nak lari time tu. HAHA and perfect silence pun penah rasa. chill jee :D
p/s/s: apesal belog aku gila xnak load gambor? -____-'

Tuesday, February 15, 2011

facebook + stalker = stalkerbook!

assalamualaikum :)

heyy what a beautiful day lah hari ni. semalam after exam marine chemistry memang tido lena gila- gila lah! hehe..tapi rasa macam syahduu sket semalam..hari ni kan hari kelahiran junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w. so secara x langsung buatkan aku teringat mak and abah. rindu nak dengar suara mak mengaji :') rindu nak berimam-kan abah waktu solat :') heyy rindu lahh! tapi malu nak cakap..haha!

so nak wish kat korang-korang yang membaca ni,
SALAM MAULIDUR RASUL :)

jangan lah sekadar wish tapi sama-sama lah kita memperbanyakkan berselawat. bukan hari ni je, tapi setiap masa :')



ok enough..ni nak gossip! haha..eh aku bukan kaki gossip. kalau orang bercerita dan kebetulan aku ada kat situ, so aku tau la..otherwise, mesti aku xtau. this time bukan la gossip nak burukkan orang ke apa. tapi ini peringatan dan nasihat buat 'mereka'+aku+KITA yang suka sangat buat benda-benda macam ni. benda apa? haaa sila tengok smule tajuk-----> stalker.



aku tau sume orang suka stalk. ada banyak jenis stalker. meh aku listkan:
1. stalker yang stalk orang yang dia kenal + dia suka orang tu. kiranye ada crush la ni ;)
2. stalker yang stalk orang yang dia kenal + dia taksuka. ni mesti ada konflik antara depa ni..
3. stalker yang stalk orang yang dia kenal + benci gila + menyampah gila kat orang tu. haaa ni konflik berat. dah taksuka menyampah benci tapi still stalk. 
4. stalker yang stalk orang yang dia sendiri TAK KENAL/TAK BERAPA NAK KENAL + dia benci + menyampah + meluat dengan orang tu. haaaa yang ni la yang aku nak story ni. apesal huh ada orang sekejam ni?



ok lemme explain one-by-one :P

#1. alah mengaku je korang penah buat semua ni. SEMUA ORANG buat kot. takkan la korang dah suka orang tu korang taknak langsung tahu EVEN bday dia? hahahahaha..ok aku mengaku aku buat ni. aku stalk Steven Gerrard :"> every single thing about Gerrard aku stalk, ok! HAHA..aku siap penah jealous lagi ngan wife dia time wedding dyowg dulu :( gila la aku ni..haha. aku stalk jugak Zahiril Adzim, Nate Archibald (Gossip Girl), and tak lupa ALI ! yeaappppp! best stalk si ALI ni. biasa lah, kita suka dia mesti la seronok stalk :P nak2 lagi dah ada FACEBOOK! ye dak? haha..dah stalk pandai-pandai la korang buat next step ye? next step: berkenalan (kot?) 


saya memang suka stalk orang 'muka ketat' macam awak ni :">
macam ALI jugak :)

p/s: ALI adalah pelakon KAMI, bukan mmbe kepada mmbe kepada mmbe kat FB. lol. tak rajin aku nk stalk mmbe kepada mmbe kpada mmbe :P


#2. haaa yang ni common la among us. especially girlssss *rolling eyes* depa ni macam xde keje lak kan nak stalk orang (cehh mcm la aku ni bkn pompuan :P) ok2 jangan amek hati lak ngan aku. aku just bgtau bnda betul je..aku penah buat SEKALI. sebab aku curious kenapa dia buat mcm tu kat aku. kitowg (aku & this girl) memang kawan tapi tak rapat coz kitowg kelas lain2 dulu. but then something happened between me and *^%#. ada kena mengena ngan this girl..so aku stalk dia untuk kepastian and kitowg siap penah discuss lagi. ok ini crite lama. dah almost 2tahun dah :) tapi kitowg end up baik2..sampai skang kitowg rapat..hehe. she's a really gorgeous kindhearted friend so why should i lose her? ;) ok ini story aku. aku stalk dia untuk kepastian & untuk dscuss benda tu elok2 TAPI ramai yang terlibat dlm golongan 2 ni tak berakhir mcm aku..certain mungkin akan berlarutan sampai depa jadi macam golongan #3 ni...


#3. yang ni paling bahaya! haha..aku selalu tanya orang why and why and WHY korang stalk dia kalau korang memang benci/nyampah/sakit hati ngan dia? jawapan yang diberikan adalah agak menghampakan aku. kalau boleh dibuat kajian memang aku nak kaji sangat kenapa ade orang yang jenis mcm ni. tapi xpela. tu hak masing2..so aku xnak kacau la :P ehh kalau ada yang baca ni terasa ke apa, SORRY tau! ;) no biggie :p



#4. haaaaa yang ni la motif utama aku nak menaip entri baru arini :P kalau setakat yang #1-3 tu aku tak kisah sangat sebab kita kenal. so banyak sebab untuk kenapa kita stalk and alasan kenapa kita taksuka someone tu sampai kita nak stalk dia. tapi yang ni???????? seriously kau takde keje lahh! aku memang meyampah betol dengan orang type macam ni. dahla tak kenal, kau nak accuse dia macam2. ok maybe physically kita boleh nampak orang yang kita tak kenal+taksuka tu gedik melampau/cantik@handsome gila!/hard gay/hard lesbo/manusia 2 alam atau apaper jela. tapi soalan aku: KAU KENAL KE DIA? bagi aku, sangat2 tak patut bagi kita semua untuk tuduh or mengecam orang yang kita TOTALLY TAK KENAL, dgn mcm2 tohmahan/cacian/umpatan/carutan. amboiiiiii baik benor yek kome ni sampai mcm tu skali nak 'buat' orang. orang yang kau tak kenal pulak tu. ok mybe kau kenal orang tu tapi kau kenal dia betul-betul/rapat ke? mestilah TAK kannnn??? so KENAPA ye kat dunia ni ramai sangat manusia yang sesuka hati jek nak menyampah/mencemuh orang yang dia xkenal? ada je orang-orang yang berada dlm lingkungan persekitaran aku skang ni (xkisah la kat UKM, kat kampung or kawan2 skolah/matrik lama) yang berperangai macam ni. aku rasa nak je tanya kenapa ehh sampai mcm tu skali perangai kau? 
nasihat aku: kalau kita mengaku kita ni lebih cantik@handsome, lebih baik, lebih lurus (tak gay/lesbo), tapi cuba tgk attitude kita pulak. mcm mane penerimaan kita terhadap orang lain. kalau baik saja tapi susah nak terima orang lain, susah la! kau je betul, kann? memang porak peranda lah dunia. pastu paling teruk bila kau tak kenal + kau cemuh dia then kau bagitau membe-membe kau yang lain. which this means that kau bawak mulut busuk kau tu, buat cerita padahal mmbe kau xtau apaper. tp sbb mmbe kau tu tgk kau berapi sgt, so dia ingat kau kenal la dgn orang yang kau benci mati tu padahal kau bawak mulut je..

kamon la. bawak-bawak la buang tabiat buruk tu. ni peringatan untuk aku, korang dan KITA SEMUA. aku nampak penyakit ni main berleluasa kot :( 


ok dah. tu je aku nak share. ni pandangan aku..apa yang aku nampak kat sekeliling aku. masing2 dah besar kan..dah masuk 20 dah semuanya. semoga peningkatan usia kita sejajar dengan peningkatan sahsiah serta peribadi kita. ni yg selalu Incik Pepel pesan kat aku dulu sbb slalu kot cerita probs kat dia :P jangan jadi orang yang tahu baik buruk, ajak orang ramai buat baik (dia tau amar makruf nahi mungkar) tapi dia lupa nak tengok/cek diri sendiri dulu. ini la antara kenapa kita semua boleh berpecah belah. paling teruk bila kita bawak mulut. korang nak stalk, sila la stalk sampai korang puas hati tp JANGAN sampai timbul fitnah. lebih baik kau bunuh je orang tu daripada kau fitnah dia..

and one more thing, Facebook kegunaanye adalah still connected with long-lost-friend and make new friends, bukan untuk stalk! tapi kalau stalk untuk kepuasan diri sendiri tu sukahati korang la tapi kena ingat tujuan asal FB tu..jangan jadi kejam (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya) atau bahasa mudah, salahguna sesuatu kemudahan tu. sbb ramai sgt stalker sampai FB nak tutup..haha!

till then. maaf atas kekasaran bahasa :)

wish all again, SALAM MAULIDUR RASUL :)

Sunday, November 28, 2010

take a sec and read this. TQ :)

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.





ps: peace yaw. :)

Friday, October 8, 2010

my abah is my truly HERO ;')

Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko



ps: hormati bakal bapa mertua anda. tehee~ 

pss: aku tau abah aku takkan cakap straight-forward macam ni kat suami akak2 aku (before dyowg kawin dulu), and future; to mine oso.  tapi, deep from his heart, he really care! and pasti setakat nak buat 'kau' nangis tu, tadehal lahh! haha. tapi untuk 'future aku' tu, jangan takut ngan abah. hormat dia saje, enough. ;)




Thursday, July 22, 2010

sesi merepek (tapi kenyataan) bersama misz niens :)

tadi takde kelas, macam biasa. fesbukk, tumblr, twitter. apa-apa jadi sekalipun, fesbukk tetap no. 1. apesal eh? aku senanye da bosan ngan fesbuk tapi still jugak bukak. haha. oke. nak cite pasal merepek (tapi kenyataan) dengan misz niens nih. kami merepek kat twitter :D the reason why merepek kat sana, sebab twitter ni kindda privacy gak la :D bebas je kita nak merepek or shout pape je kat situ. tadi merepek pasal LELAKI whoaaa. yaa! kami bercerita pasal lelaki. lelaki curang. lelaki tak setia. lelaki IQ rendah. lelaki IQ tinggi. dan...lelaki sebagai teman sampai syurga kami. KAH KAH KAH. merepek kann kitowg ni. tapi benda ni betol ape. lallalala... aku bagi tau misz niens, lelaki curang ni IQ rendah. aku penah baca dalam Metro. kajian dah dijalankan. hehe. so lelaki, boleh terima tak? oke. agak-agak takleh terima, meh aku nak explain why why kajian tu menyatakan lelaki curang ni IQ rendah, or dalam bahasa harian kita, bodoh. menurut kajian tu, lelaki curang dianggap IQ rendah sebab dia tidak berfikiran rasional dan hanya menurut nafsu bukan akal yang stabil untuk setia dan menyintai hanya seorang wanita dalam sepanjang hayatnya. rata-rata lelaki, yang kita DAH memang tau, even dia ada girlfriend, but still nak pandang-pandang, nak usha-usha perempuan lain. pstt lelaki, betol kann? xyah tipu. tauu dah.. bagi aku, setakat nak pandang tu lantak kau lahh. kau bukan suami aku, dan aku bukan isteri kau. ok fine. kita masih ada ruang untuk diri sendiri. tapi kalau melebih tu, why not kita putus dan kau cari lain? nice nice. sebab dalam ber-couple pun ada had, what.. betol kan chaza? break/clash/putus cinta (bukan putus fius kepala) berlaku banyak sebab. tapi menurut kajian ni, jika lelaki tu cari perempuan lain, dan break dengan pasangan lama kerana untuk kebaikan masing-masing, dia tidak lah dianggap IQ rendah. 



so, korang pikir2 kan lah sendiri. aku ni just bagitau apa yang aku baca je. :)


ps: lelaki, susah sangat ke nak setia? ikhlas aku tanya ni. *perempuan pun sama* senang cite, benda ni ikut orang lah. dan memang, kita akan jumpa orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang betul. benda tu lah yang ajar kita.

pss: ngaaaaa..bukan luahan hati. lepak chill sudaa~ :D

psss: CIAO! heading to lab! :D

Tuesday, July 20, 2010

biarlah ini yang pertama dan terakhir.. :'S

imagine. 
kau seorang perempuan. naik bas sorang-sorang. oke. kau naik bas pagi, pukul 11 pagi, hari Jumaat. tapi, menyeramkan bilamana kau seorang je perempuan dalam bas tu. bas tu ialah bas yang kau naik sebab nak balik ke tempat kau belajar sebab semester baru dah nak start. perjalanan adalah dalam masa 4 jam. apa korang rasa? cuak (?) (again; bagi lelaki, bayangkan anda ni perempuan).




btw, benda ni jadi kat diri aku sendiri. Allah je tau cuak dan takutnye aku masa tu macam mana. yelah. aku sowg je pompuan. memang sangat bahaya senanye. even bas tu bas pagi, tapi zaman sekarang ni kita xleh caye kat sape2 pun dah. time tu, aku nangis. air mata gila murah nak turun. takut. tapi nak buat cmne. 


alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai KL. tapi, kesannya, sampai sekarang aku masih teringat-ingat dan terbayang-bayang jika sesuatu buruk terjadi kat aku. :'S


btw, aku tiba-tiba buat entri ni sebab tadi terbaca kat belOg Kira, pasal kenapa kamu tak rogol saya. ohh. aku penah post pasal ni dulu. perempuan tu punye lah takut, dia baca ayat kursi. esoknye, bila dia jumpe lelaki tu. dy tanye; kenapa kamu tak rogol saya? lelaki tu jawab; kerana aku nmpak ada dua orang lelaki disamping mu. 


moral: itu ialah malaikat yang Allah perintahkan untuk melindungi wanita tersebut.


sesungguhnya. hanya Dia yang Maha Berkuasa melindungi hamba-Nya. sungguh, aku bersyukur sebab aku selamat. :')




ps: pengajaran untuk semua. jangan lupa Allah. jangan lupa memohon perlindungan dari-Nya. especially girls, bacalah ayat kursi. bila2 masa pon. nak2 lagi bila tengah dduk sorang-sorang. yang lain2, boleh baca ayat ni sebelum tido. insyaAllah, malaikat jaga kita sampai pagi. baca juga selepas bangun dari tido. insyaAllah, malaikat jaga kita sampi ke petang hari. itu jaminan Allah. :) 


pss: ini apa yang aku tau sebab mak selalu ingatkan dari dulu lagi :')

Wednesday, July 14, 2010

2 Syaaban 1431H.

SUDAH menjadi fitrah bahawa Allah menciptakan semua makhluknya 
berpasang-pasangan dan semua manusia telah ditetapkan jodohnya 
bergantung kepada usaha serta ikhtiar seseorang itu. Setiap ketentuan itu menjadi mutlak (sudah menjadi ketentuan Allah), kita sebagai manusia hanya dapat menerimanya dengan takdir atau dengan usaha yang bersungguh-sungguh.



citt. gambar ni mcm xde kene ngena sgt ngan apa yang aku cuba sampaikan, kann?
ps; mcm kurang senonoh jek. teehee~

Friday, June 11, 2010

apa ada pada NAMA

assalamualaikum :)

nama aku Noor Hasanah binti Abdul Hamid. ya. sekarang sume owg da tau nama penuh aku,,haha. lantak la. ni sume sebab nak story pasal nama. apa ada pada NAMA eh?







Kenapa Kamu Tidak Rogol Saya...

Kisah ini aku amik dari website lain..hayatilah...


err. cantik. sebab mata dia besar dari mata aku yang sepet ni. heh~









Saturday, May 29, 2010

mesti tonton! (selain dari eclipse)


yaya..nekad mau tonton ini. mungkin bersama unisha. xtau lagi,,hohoo




malas nak review. nanti la. dah nonton then baru aku komplen-komplen yaa??
menurut novel memang gila gempak! aku penah baca dulu. sikit jek. tak ingat dah pon,,haha
so, memang mesti tonton la ni! tambah2 pulak, screen shot gila lawa nokk! cinematic wuuu~ 
oke2. xyah cite panjang. again, aku g tgk dulu then baru aku story, keyh??


have a nice day uolls! :D





p/s: incik pepel. jum wayang? ;p

Friday, April 30, 2010

wayang

haiss~ dah lame gila la aku tak tengok wayang. plan last week nak kuar ngan cikmin tengok SEMERAH CINTA STILETTO. siyes aku nak tengok sangat. semua ni sebab gadis ini;

ye lawa orangnye. manis lagi. ayu, manja, suweet. hmm~ ape lagi.. =.="
*incik pepel toksoh nak senyum lebar sgt*


aku suke Lisa Surihani (suke means kagum dengan kecantikan+keayuan etc etc dia ye), sejak dalam iklan lip ice. wow! suweet kot pompuan nih. sebab dia jadi model membuatkan aku hampir2, nyaris beli lip ice tuh!bhahahahaa.. tapi aku tak beli. aku ta pakai semua tuh. cam bibir plastik jek. geli (#__%). time menari ngan dinner jela aku pakai. tu pon nipis jek,,hoho. kiranya, kecantikan Lisa masih belum mampu menggugat keimanan aku untuk terpengaruh dan membeli lip ice. last2, adek aku yang beli. dia bab2 camni memang nombor 1. haha..~

ok ok. balik kepada topik asal. oleh kerana finals, dan nak dijadikan cerita. hari kejadian yang aku ngan cikmin plan nak keluar tu, tetibe cikmin bagitau adek dia nak datang ukm. nak hantar barang. tssk tskkk.. sedih hati. takpelah. nanti2 la kite tengok. atau maybe aku download je nanti. tapi aku nak tengok wayang! =.="

******************

dan sekarang ni pulak, ade cerita HOOPERZ kat wayang. baru je lagi keluar (xdela baru sgt..dah 1mggu wayang) nak tengok jugak! tapi, again, takde orang yang aku boleh ajak. err lagipun, finals tak habis lagi,,haha. tak sedar diri tol aku ni. haiss~ 


Sinopsis;





Hooperz adalah sebuah filem drama ringan dengan babak-babak komedi yang mengisarkan kehidupan 7 orang pemain bola jaring untuk pasukan kolej mereka yang dikenali sebagai ’Hooperz’.





Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. ‘Hooperz’ dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya. Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej.





Ketua pasukan ‘Hooperz’, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri.





Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan ‘Hooperz’ dalam menghadapi dugaan, kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri.


Para Pelakon:
Intan Nor saina – Atylia; Melissa Maureen Rizal – Wan Zulaikha; Nur Zazleen Zulkafli – AJ;
 Juliana Evan – Nino; Anita Baharom – Saidatul; Akma AF – Azwar; Dawn Jeremiah – Sue Wei; 
Amy Mastura – Jurulatih; Adibah Noor – Jurulatih



me says; cite ni macam cool jek, sebab tu nak tengok jugak. plus, sebab utama yang lain adalah sebab ade Juliana Evans. dia memang cool! *thumbs up*


********************

sem lepas aku ade cakap kat membe2 aku, aku takkan kuar tengok wayang, kecuali 1 cerita jek.. ECLIPSE. ohh my couch! memang la Allah tu Maha Adil kann? Dia kabulkan doa aku yang satu tu,,huhu. memang, ade je halangan untuk aku pegi tengok wayang. takpelah. yang penting, ape2 pon jadi, even sorang2 pon (ye ke aku ni?), aku nak gak tengok ECLIPSE! ta kire! jangan halang aku! huu..~


30jun..lambat lagi =.="




*************************

oke. itu je review. ehhhm~ siyes sangat mau tengok wayang!

takpela. nanti2 je pegi.

ermmmm~ saye ade gambar menarik untuk share dengan semua.

dan ini,
terISTIMEWA buat incik pepelstorm ;)








tadaaa!!~











auchh! cumel la awex u incik pepel 
^^




oke. till then. 


assalamualaikum. xoxo