Showing posts with label steven gerrard. Show all posts
Showing posts with label steven gerrard. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

impian @ cita-cita. LIVERPOOL aku MENANG :D

assalamualaikum :)

bila cakap pasal cita-cita, aku ingat lagi. dulu time kecik-kecik, kecoh bagitau mak abah, semua orang la. nak jadi doktor. pehh, kecik-kecik dah pandai pilih kerjaya hebat kan :"> tapi, as we grown up, semua tu bertukar-tukar. ikut citarasa dan keadaan semasa. penah aku plan nak jadi engineer, architect. tapi tu semua time skolah rendah. semua nak nama sedap-sedap je. takde rasa nak jadi cikgu pun. tapi bila dah masuk skolah menengah, aku nampak halatuju aku more to biology, so cita-cita as a doctor tu mybe ade harapan la kan, sebab minat dah ada :D tapi entah mana silapnye, aku nampak minat aku beralih ke interior designer pulak. aku sangat gilakan ID sampaikan almost semua majalah berkaitan ID aku baca, and try la buat kat rumah sendiri. tapi tak menjadi sgt sebab tu bukan umah aku. tu umah mak abah so susun atur banyak mak yang decide..huuuu~ sedih...


bila masuk matrik lagi la. tetibe je aku suka gila kat subjek Fizik. ohhmaiiiiiii senang kot Fizik tu. tapi still, jiwa aku tetap pada subjek Biologi. tapi aku alih view aku. aku xnak jadi doktor sebab tak layak ramai sgt owg nak jadi doktor. so aku pilih course Marine Science as 2nd choice untuk masuk U. and aku dapat :D


now aku yakin masa depan aku dengan marine science.


tapi itu semua cita-cita. tapi impian aku. ada banyak, tapi ada satu impian aku ni yang aku still pegang sampai sekarang, and insyaAllah sampai aku dah keje banyak duit nanti..


since sekolah menengah tanam impian ni. sama-sama bermimpi dengan clan aku; Eja, Lely..


tengok LIVERPOOL match live @Anfield :')

and

nak jumpa 1st love aku ni..HAHA!






p/s: LIVERPOOL aku MENANG. 






end of story :)

Monday, February 7, 2011

haaa amek lagi Torres kitowg. and Torres, seronok ke game semalam? seronokkan kalah

assalamualaikum..

clearly dari tajuk dah tahu aku nak story pasal bola. yela yela..ada certain mmbe PEREMPUAN aku dah bosan/jelik/muak dengar kalau aku story pasal bola. menyampah arr korang! time korang story pasal make-up la, dress la, heels la, BOYFRIENDDDSSSSSS la!..aku dengar jek! layan jek! asal time aku bukak cerita bola, semua buat2 xdengar. sumpah aku terasa :'(

tapi xpe. ni belog aku so sukehati la :P

LIVERPOOL aku menang. itu KENYATAAN. REALITI. ohh ye. coursemate aku, si Nasrun Hisyam ada baca belog aku ni ke? kalau kau baca Syam, aku harap kau be nice la kat aku yek? haha..takleh blah kelas Kimia pagi tadi, si Syam ni nak taknak je kasi kertas attendance kat aku. aku yang pelik+tak puashati apesal dy ni mcm nak cari psal je ngan aku, so aku tanye lah dia..."Syam, sape menang semalam" haha...slow je suara dia jawab, "Liverpool menang. 1-0"...wahahahahhaa...kembang jek hati aku pagi tadi. patut la mcm cari pasal je tadi..hik2~ thanks Syam. berita yang kau bagi aku tu memang buatkan mood aku hari ni elok jeeeeeeeeee :D smpaikan printer kat KESKA buat hal, aku rilek je tak marah-marah. kalau tak, mau gak aku mengamuk

GOAAAAAAL!!!


Torres: A blue amongst the red.


It just wasn't his day..eh?

FULL TIME A very professional job from Liverpool, who closed Chelsea down efficiently, including Torres, and took their chance when it came. Chelsea's title race is run and Liverpool move into sixth. -soccernet.espn-




p/s: torres blah tak terasa sgt beb. teringatkan alonso, itu yg paling terasa gila la weh...sampai skarang :( 

Saturday, July 24, 2010

dulu...sampai sekarang. still. :D

hari ni nak story pasal zaman sekolah. tak suka, jangan baca. ;p


meet my mr. stevie-hunny :D

adorable :D

dulu, time sekolah lagi, aku minat Steven Gerrard. jujur aku cakap, time World Cup 2006 (time tu aku Form 5) itulah first time aku nampak dia. :') wahh! umpama jatuh-chenta-pandang-pertama..! :"> dan, start dari first game (iaitu game pembukaan bagi setiap negara+grup), aku start support Stevie. hehe. 

secara ringkasnya, aku memang gila bola. biase la perempuan, kena start dari player. eh, lelaki pun ade jugak, what! hahaa.. 1st player yang membuatkan aku suka bola sepak bukan Stevie G, tapi Owen. :') tapi, yang membuatkan aku istiqamah dalam menonton+men-support bola sepak ialah Stevie G. ramai gak membe-membe aku kutuk taste player aku. dyowg cakap, Gerrard ni muka dah tua lah (sebab kedut kat dahi), tak handsome lahh. haha..aku peduli apa. lagi aku suka kalau owg tak minat. xyah ramai-ramai minat dia. pergilah kau wahai kaum perempuan yang tipikal, pergilah sokong+suka-mati+cintakan si Cristiano Ronaldo tu. aku tak suka dia. dan sebab aku tak suka dia, ramai jugak pelik dan tak puas hati ngan aku. (biasalah..manusia selalu tak puas hati) :D

menunjukkan lagi kegilaan aku, segala WC's merchandise (WC 2006) aku kumpul. even hadiah yang kita bole dapat bila beli 'cekedih' *junkfood* pun aku sebat! :D dan tak lupa juga, majalah wisel, bola sepak, 4-4-2 dan segala macam lagi majalah bola, aku BELI. :) seronok weh! dari situ jugak aku belajar banyak pasal bolasepak. kiranya, aku bukan suka player semata-mata. dan benda tu bukan setakat dulu je. da macam aku mention kat ats, aku istiqamah bab bola sepak ni. teehee.

selain tu, aku kumpul gak segala macam poster+keratan akhbar+majalah watsoeva. semua pasal Gerrard, sume aku sebat! :D dan still, dulu sampai sekarang, aku masih collect. hahahhaa..kantoii~ :"> nak dijadikan cerita, dua hari lepas (21 Julai 2010) aku beli Metro. semata-mata; Steven Gerrard. kadang-kadang bukan semata-mata Gerrard je. asalkan ada story pasal Liverpool, konpem aku beli! :D seronok sangat perasaan tu. haha. gila kann. biar lah. asalkan aku tak kacau orang. ;))

dan, gambar yang aku letak kat atas tu, salah satu gambar yang aku collect. yang aku collect tu, aku cut dari newspaper. pastu, simpan elok-elok dalam satu fail khas! tebal fail tuh,,hahahha.. gamba ni favourite aku sebab Gerrard sangat nampak begitu kebapaan sejati! awuuuuuu~! :">

oke lah. tu je story yang aku bole nak conteng kat sini. takleh lebih-lebih. bahaya..hhahahaa *xpasal* ;p




ps: nak cari future hubby yang tak kisah aku minat bola, even kalau dia kurang minat bola sekalipun, ahahh! *bukan SENT yang tulis penyataan ni* ;p