Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Friday, April 8, 2011

lelaki ni takdela complicated sangat, mengada je lebih

ehem. mengada sampai aku rasa nak tampor + tumbuk muka dyowg laju-laju *puas hati*


************

aku tak faham la spesies freak monster (lelaki) ni. ok here's the thing. lelaki berpendapat diorang ada hak untuk 'save as'/'download' gambar mana-mana perempuan yang diorang 'suka', untuk jadi simpanan. gambar perempuan yg diorang suka kat sini bermaksud, perempuan yang diorang suka nak hentam+kutuk+keji+tambah dosa kering. ada certain lelaki (or maybe semua, sebab lelaki ni, disebabkan ROKOK SEBATANG, semua jadi kawan. so dalam situasi ni kira sama lah)..diorang ni jenis SUKA cakap kat perempuan sikit punya lebat air liur pasal:

#1. "eh kau yang upload gambar kat FB/myspace/twitter etc etc, jangan la salahkan aku yang tolong famouskan kau ni"
#2. "kau dah tau itu semua public domain, so gambar kau ke, ape ke semuanya public. kau takleh salahkan aku"
#3. "eh aku tak sebar gambar kau pun. aku upload gambar kau ni kat FB pun, saje-saje je. nak kasi kawan-kawan happy, puas tgk gambar kau"


ehem! amboiiiii. sedap cakap, bang? 


gambar pecah sbb amek kat google. so boleh la share. 
-___-'

ada banyak lagi la..dulu kan kecoh pasal adela blogger ni, gambar dia dieksploitasi oleh blogger lain. OK. aku mmg x amek port sangat and aku tak rasa si blogger yang amek gambar tu betul tindakannya, and si blogger empunya gambar tu pun entahla. dah upload gambar merata-rata, so pandai2 le tanggung risiko. so dua-dua sama-sama salah.

tapi yang aku heran and takpuas hati, apa masalah kau sampai kau amek gambar orang tu, then letak kat FB/blog etc etc, then kutuk dia? dah banyak sangat buat baik kat dunia, sampaikan freeeeeeee je nak kumpul dosa banyak-banyak? pastu pulak pengaruh and ajak orang lain kutuk sama. duhh. aku cakap ni memang fokus kat SEMUA LELAKI, sebab lelaki mmg suka bab kutuk-kutuk org ni, and pompuan lak mmg suka upload gambar. hemphh..

boleh tak, kalau tak suka orang pompuan tu buat mcm tu, ckp straight forward? xpayah nak buat entri, takpun jadikan gambar pompuan tu as ur profile picture? be gentleman la CAKAP DEPAN-DEPAN! shame on you, guys! ayam! macam ni ke lelaki yang dah tertulis dalam al-Quran, tugasnya adalah melindungi kaum Hawa? ye, pompuan tu buat salah. melampau sangat gediknye. tapi kita ada cara, Islam ada cara untuk menegur orang. bukan main terjah macam tu je.. tadi aku terjumpa kat FB, pasal sorang pompuan ni elok2 je mintak laki tu remove gambar pompuan tu. laki tu jadikan gambar pompuan tu as profile picture (loser punye jantan). yes, gambar pompuan tu agak seksi, and pompuan tu mengaku itu gambar dia yang lama, sebelum dia insaf and pakai tudung. gambar tu ada la dalam minggu lepas si lelaki tu buat profile picture, now dah tukar pompuan lain pulak -__-' dah 1mggu gambar tu, still lelaki tu tak buang. WHAT THE HAL lu der? pompuan tu mintak kau buang gambar tu elok-elok, kau sebok nak ceramah dia. fine, dia mengaku salah. tapi DAH SEMINGGU, takde pulak kau buang gambar dia. macam ni ke LELAKI? memalukan -__-' baik kau muhasabah diri sendiri jela. moron.


aku memang anggap lelaki yang tergolong dlm golongan mcm yg aku tulis kat atas ni as LOSER,
sebab pengecut nak mampos bagitau pompuan tu, face-to-face.
*BIG L*


************
skang ni kecoh pulak pasal ada page pencarian lelaki hot/comel/kacak/gedik & perempuan cute/lawo/gedik. dah aku malas nak komplen pasal page ni pulak. masing-masing nak kejar glemer ke ape? LOL. 



ps: kalau rasa anda ni lelaki sejati, tegur la pompuan tu secara berhemah + budiman. agak-agak aku ni celupar sgt, tegur elok-elok la. susah sangat ke? 

Sunday, December 5, 2010

60 petua mendapatkan pasangan- Dr. Fadzilah Kamsah

petua #23
Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

contohnya: kasi hadiah ni sebagai tanda anda (lelaki) memahami & menyokong penuh minat gf anda tu. tehee


Thursday, November 11, 2010

Andai Seorang Lelaki Itu Datang...



Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"
TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...


ps: sumber SINI

Thursday, August 19, 2010

saya lagi kenal sayang saya.. :">

blogger ni baru semalam aku mula follow belog dia. http://zackzukhairi.blogspot.com/ mamat ni supa dupa sweet kot. untung girlfriend dia. :) entri sedap masyukk layan. tapi yang paling aku suka, entri saya kenal sayang saya ni lah. hehe..please. ada lagi tak lelaki sweet macam dia ni..? nak! *haha. tak memasal*

:">


ps: heyy Zack. lu sweet sangat, oke? sangatt.[! ! !] haha. sketch pun sempoi jek. wa suke la der!

pss: dan memang, lelaki yang sweet lebih menambat hati [aku]. tapi Zack tak sesuai sbb dah berpunya,,hahaha. well guys, bagi aku Fine guys open my eyes, smart guys open my mind but only a sweet guy can open my heart! *serious. nak sweet guy. please. aminn* tehee~

Wednesday, August 11, 2010

lelaki pencabul

tahniah lelaki..!! ini gelaran buat anda yang mencabuli HAK WANITA. tak malu tahap cipan kann naik ladies coach. kalau awek kasi t's kaler pink, LELAKI, kau geli sangat kan? marah awek kasi t's kaler pink. jambu la kunun. *buat muka menyampah..!* kalau ade lelaki yang dah memang dia handsome, pakai any baju any color pun handsome, then one day dia pakai baju kaler pink, dan LELAKI, kau geli tengok makhluk spesies sama dengan kau tu pakai baju kaler pink, kan? then, kenapa macam cipan tak malu naik ladies coach??????! PINK COLOUR kott! for me, it is acceptable kalau lelaki tu bawak anak kecik [penah satu kes, time tu aku naik coach tu], atau maybe pacik tua bertongkat [eh perempuan, better kau bagi pacik tua bertongkat ni duduk. bertimbang rasa la jugak kann? baru manis ;) ]


and a BIG NO NO buat pasangan kekasih. pegi mam..! eh kejamnye aku. macam orang tak puasa lak. haha. jujur, aku menyampah. baru couple. orang dah kawin pun malu nak berkepit kat public.

enough said.

ini entri buat LELAKI. terima kasih. :)


ps: for the next entri *xtau bila nk update*, aku akan list-kan jenis-jenis lelaki dalam ladies coach yang penah aku jumpa. sekian.


pss: hari ni first day puasa. :)

Thursday, July 22, 2010

sesi merepek (tapi kenyataan) bersama misz niens :)

tadi takde kelas, macam biasa. fesbukk, tumblr, twitter. apa-apa jadi sekalipun, fesbukk tetap no. 1. apesal eh? aku senanye da bosan ngan fesbuk tapi still jugak bukak. haha. oke. nak cite pasal merepek (tapi kenyataan) dengan misz niens nih. kami merepek kat twitter :D the reason why merepek kat sana, sebab twitter ni kindda privacy gak la :D bebas je kita nak merepek or shout pape je kat situ. tadi merepek pasal LELAKI whoaaa. yaa! kami bercerita pasal lelaki. lelaki curang. lelaki tak setia. lelaki IQ rendah. lelaki IQ tinggi. dan...lelaki sebagai teman sampai syurga kami. KAH KAH KAH. merepek kann kitowg ni. tapi benda ni betol ape. lallalala... aku bagi tau misz niens, lelaki curang ni IQ rendah. aku penah baca dalam Metro. kajian dah dijalankan. hehe. so lelaki, boleh terima tak? oke. agak-agak takleh terima, meh aku nak explain why why kajian tu menyatakan lelaki curang ni IQ rendah, or dalam bahasa harian kita, bodoh. menurut kajian tu, lelaki curang dianggap IQ rendah sebab dia tidak berfikiran rasional dan hanya menurut nafsu bukan akal yang stabil untuk setia dan menyintai hanya seorang wanita dalam sepanjang hayatnya. rata-rata lelaki, yang kita DAH memang tau, even dia ada girlfriend, but still nak pandang-pandang, nak usha-usha perempuan lain. pstt lelaki, betol kann? xyah tipu. tauu dah.. bagi aku, setakat nak pandang tu lantak kau lahh. kau bukan suami aku, dan aku bukan isteri kau. ok fine. kita masih ada ruang untuk diri sendiri. tapi kalau melebih tu, why not kita putus dan kau cari lain? nice nice. sebab dalam ber-couple pun ada had, what.. betol kan chaza? break/clash/putus cinta (bukan putus fius kepala) berlaku banyak sebab. tapi menurut kajian ni, jika lelaki tu cari perempuan lain, dan break dengan pasangan lama kerana untuk kebaikan masing-masing, dia tidak lah dianggap IQ rendah. 



so, korang pikir2 kan lah sendiri. aku ni just bagitau apa yang aku baca je. :)


ps: lelaki, susah sangat ke nak setia? ikhlas aku tanya ni. *perempuan pun sama* senang cite, benda ni ikut orang lah. dan memang, kita akan jumpa orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang betul. benda tu lah yang ajar kita.

pss: ngaaaaa..bukan luahan hati. lepak chill sudaa~ :D

psss: CIAO! heading to lab! :D