Saturday, October 30, 2010

dear diary,


OMAAGAADDDDDDDDDDDDD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




p/s: only that 2 lovely-duvveyy girls (chaza & yana) knew~ tehee.. this is madness. really!

Tuesday, October 26, 2010

JOOM buat PAGE ni, then LIKE. okeh? :D

memandangkan aku tak makan nasi 2 hari, so makan la roti telur. tak sedap! entahla. sejak dua menjak ni sume benda aku telan sume tak sedap. heh. tak reti masak, cakap je le. ye dok? ;p


tengah aku makan roti telur, bukak fesbuk kejap. tetiba aku rasa seronok gak nak mencarut ngan membe aku ni...

hah KELIK la kasi clearr lagi...!



ni belog cik padie. pegila bergila bersama beliau! 


2 hari tak makan nasi,

dan aku betul-betul rasa nak muntah....bluek!


dapat pulak mengadap notes subjek kesayangan aku; Microbiology :S




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
semoga semuanya dipermudahkan esok hari, dan seterusnya...AMIN.











mak...nak makan masak tempoyak ikan patin :'{

Monday, October 25, 2010



dear yana,

Forget your haters. Haters are confused admirers who can't understand why everybody loves you. 


*********


credit; chaza.
xx! ;) 


Thursday, October 21, 2010

this is why i love Boyce Avenue mucho mucho :D








more on youtube. enjoice!



ps: chaza, tlong download-kan tehee~ 



he is someone.....

i found someone who really alike my abah :')

for some reasons, in many ways; he inspired me a lot. 
he's the one who really tought me that, there's no such easy-way to be rich, to be genius, i say.
he's the one who really tought me that hardship really paid-off once you get what you want. what you really dream about since young.
he's the one who really tought me that love needs courage, no hesitate, go for it! and ofcourse, istiqamah and eternally, sampai syurga... :')
he's the one who really tought me that, in our way to get success, DO NOT EVER EVER FORGET TO READ BACK WHAT YOU LEARN. everyday. each lesson. and maintain that kind of attitude :)
he's the one who really tought me that, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. it's just like, awak rasa dulu pahitnye sekarang adalah lebih baik, sebab manisnya akan berkali-kali ganda.
.........
and, for some reasons and in many ways. 
he is just like my own abah. i mean, the way he thinks. the way he tought me about everything. anything. it is always abah who tought me that. and now, i found one who really look alike him.

kudos Prof. Gires ;)



ps: i learned so many things from him. and from everyone in my daily life. kudos for all :)
pss: the real teacher is, our experienced and all the people around us.
psss: go Microbs!! 

Tuesday, October 19, 2010

keadaan aku yang paling teruk ialah APABILA;

1. ...aku yang bising and banyak cakap akan jadi diam diam diam diaaaaaaaaaaaaaammmm sangat-sangat.

2. ...aku yang biasanya tak fokus+mengantuk dalam lecture/kelas menjadi fokus dan diaaaammmm sangat-sangat

3. ...aku yang banyak makan and sangat suka+berselera bila tengok makanan kat kafe FST akan jadi blurr, taktau nak makan ape. takde selera.

4. ...aku yang sangat suka bukak fesbuk dan usha belog orang akan jadi taknak update langsung dengan apa-apa hal sekalipun!

5. ...aku yang gila bola, tiba-tiba je xtau apa-apa perkembangan pasal bola. hemph!~

6. ...dan aku yang memang jarang nak senyum sesuka hati ( i mean kat semua orang), menjadi semakin mahal senyumannya..(ye, senyum aku memang mahal. heh!)


ini semua sebab PEPERIKSAAN. sory korang kalau ade yang terasa hati+jiwa+perut+lutut dengan perubahan drastik aku ni. aku memang macam ni kalau nak exam. perangai berubah habis. nak berlawak jenaka pun terasa macam sangat membuang masa walaupun aku tau itu semua bagus untuk release tension kejap. lagi menambahkan kekusutan otak aku bila aku bukak fesbuk pagi tadi, ramai cakap cuti deepavali dipanjangkan. and bagi student yang tarikh exm jatuh antara tarikh cuti tu, paper akan diawalkan. TAHNIAH dan TERIMA KASIH UKM sebab dah runtuhkan beberapa percent semangat aku. sekarang ni aku cuma nak cari semangat baru untuk study study and studyyyyyyyy jek. dah suntuk der ;(

pagi tadi dalam tren odw balik UKM, aku teringat time matrik. time exam aku tak macam ni. time exam aku semangat sangat. setiap hari peperiksaan, aku akan pakai baju kurung 'terbaik' aku, iaitu baju kurung yang paling selesa untuk aku pakai and aku rasa yakin dan lawa bila pakai baju tu. hehe. bukan lah niat untuk perasan cantik, tapi aku buat tu semua sebab nak naikkan semangat dan konfiden diri sendiri jek :) dan masa tu jugak lah, masa final exam matrik. masa tu dalam dewan, last paper untuk semester tu, semua berpusu-pusu nak keluar. iyelah. happy kot exam dah habis. time itu lah, Luqman cakap dia nampak aku. dia cakap, dia nampak aku sorang je time tu. aku xtau kenape. aku nampak menarik perhatian dia sangat-sangat  ke? sebelum peristiwa tu, dia story kat aku yang dia langsung tak pernah nampak aku kat matrik tu, padahal aku selalu jek melepak kat koop(koperasi) ngan Lely. HAHA. lantak lah. now semua tu dah berlalu. aku happy macam ni :D


tapi aku harap satu je. semangat aku yang dulu tu masih ada. semangat untuk belajar dan berjaya cemerlang dalam exam. Luqman takde takpe. Allah ada :')



ps: GOODLUCK to all mariners. xoxo


Thursday, October 14, 2010

what's there to complain about?

live ur life by doing what u love. 

this is a story about the people around the people around me, the people around me, n me. no one is inviting no one. this is a free country. we live in a democratic life. feel free to do what u love, say what u like.

this goes for me too, as I said.

it's got to be a good life.

:)  







Forgive others, how can we expect God to grant us forgiveness if we do not do the same with others. Allah is the most forgiving.

Wednesday, October 13, 2010

untuk semua salah silap aku, sama ada aku sedar or tak,

maafkan aku....


aku rinduuu sangat waktu 1st year dulu ;'(






Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, October 12, 2010

stay focus, hocus


u know what u want.

go for it!



ps: goodluck to all mariners! :D


Saturday, October 9, 2010

K I T A dengan kawan baru...! :D

K I T A [aku, yana & chaza] skang ni dah ade kawan baru. hehe..tak sangka gak la boleh tersangkut, hang sama-sama dengan this beautiful creature ni ;) our kawan baru is, Kak Intan. dia ni kitorang kenal pun sebab dia amek Master under Prof. kesayangan kitorang; Prof. Gires Usop *winkwink* siap yana jadi presiden fan-club Prof Gires..gituh! :D 

senanye aku agak tak sangka lahh akak ni jenis gila-gila gak. kat UKM ni, dia stay kat KKM (kolej sama ngan chaza & yana). dia ni ter-sangat lahh lonely sebab dia xde membe kat sini, melainkan kak siti and orang-orang kat lab Prof. Gires tu. sungguh, aku tak sangka akak ni boleh lak ngam ngan kitowg..haha. ni mesti sebab mulut kepoh yana, and perwatakan yana yang tersangaaaaaaaaaat lahh peramah! kalau bukan sebab yana, lab Prof. Gires tak meriah (dan hidup Prof akan makin papa kedana..keh3..joke! ;p)

and aku pelik gak, orang yang macam kak intan, boleh je ngam ngan yana. apesal ade 'orang-orang' tu takleh ngam ngan yana? bagi aku la, ni mesti kes hati baik/jahat ni. kak intan hati baik and selalu positif ngan orang, thats why la boleh ngam ngan yana, and kitorang jugak. :D

and untuk 'orang-orang' berkenaan, Allah je yang tau.


ohh like we care, kan babe?

cheers! ^^/






ps: K I T A suka Kak Intan sebab Kak Intan cantik..! :D

pss: ohh ya. last nite ws so enjoyable. thanks Kak Intan belanje sate kajang & bawak kitowg pegi makan :D

Friday, October 8, 2010

my abah is my truly HERO ;')

Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko



ps: hormati bakal bapa mertua anda. tehee~ 

pss: aku tau abah aku takkan cakap straight-forward macam ni kat suami akak2 aku (before dyowg kawin dulu), and future; to mine oso.  tapi, deep from his heart, he really care! and pasti setakat nak buat 'kau' nangis tu, tadehal lahh! haha. tapi untuk 'future aku' tu, jangan takut ngan abah. hormat dia saje, enough. ;)




di-usha...OPPS!



peh penaaaaaaaaaat siut! aku ni baru je balik dari midvalley senanye. 'dating' jap tadi. FIRST TIME datinggggg~! wuhuhhhh! :D ahahaha..ni bukan dating ngan balak/pakwe/boyfie lahh! ni 'dating' ngan Abang Mann. eh!!! sory yana and chaza. tersasul lak. :"> :"> :"> ni aku  'dating' ngan Fatin a.k.a roomate aku lahh! haha. ni first time kitowg keluar sama-sama. before this penah dah tapi just kuar kat Kajang. so tak thrill sangat la kalau setakat Kajang. kali ni up sikit~! pegi la kami ke midvalley. aku senanye SANGAT penat. takde idea pun nak tulis ape-ape yang menarik (macam la selama ni menarik sgt entri aku..haha). tapi tadi mid suruh aku story something kat belog.

so here's the story begin.

once upon a time..................... zzzZZzzz~

eh salah! *start semula* ok nak story ni. pasal 'dating' kat MidValley gakla. lokasi nak kena sama je kan? MidValley ni memang feberet aku lahh sebab sume barang mahal murah, makan minum sume cukup! wayang, pool, arked, bowling, even PET WONDERLAND pun ada!..hah! puas hati. ;p

masa ni aku kuar dengan mid. aku bawak jugak la si petite ni kuar ke MidValley since nama punnnn dah sama, tapi malangnya, mid tak penah jejak kaki lagi. so aku mengambil inisiatif untuk bawak dia meroyan berjalan ke MidValley. aku bawak dia round SELURUH MidValley, termasuk la jugak TheGardens. siap bawak dia ke tempat kejadian dimana kami (budak2 yang terlibat sahaja) berbuka puasa. haha. nasib tak amek port and seat yang sama jek. tapi aku amek makanan yang sama macam hari kejadian iaitu ayam penyet. sedap! :D mid pulak makan lembu sapi..eh! bukan. ayam rendang sapi (entah nama panjang sgt. aku main tembak je nih. eheh~)

pemalu :">

pelahap ;D

oleh kerana first time mid datang, aku pulun bawak dia keseluruh ceruk MidValley, kitowg pun siap jejak ke PETWONDERLAND. ohh FYI, ni pun 1st time aku naik tengok binatang-binatang tuh..hehe. sebab selama ni kalau kuar ngan membe2 aku yang lain, macam tak berminat je dyowg nak naik sane. ohh dah biasa naik la tu. aku ni asal kampung, so sama je ngan mid. tu 1st time kami :B 

oke. motif entri nak highlite part ni jeh. atas tu mukadimah..haha

*dalam PETWONDERLAND* 1stly kitowg nampak rabbit. alalallalaa. comel gituh! even bulu dia messy-messy, tetap comel. siap gothic lagi~! haha..macam rabbit chaza. ngah syok tengok+layan keletah comel rabbit tu, tetibe jek aku rase lain macam jek. macam ade something menggelikan jek. rupe2nye betollah. ade ular. elehh! kecik jek! wa tak takut lahh! HAHA. tapi aku just geli jek. GELI, oke? pastu, siap ade salamander. euuuwh!~ salamander tu dahla kaler itam-kuning, kulit nampak lembap lak tuh. geli der! ngah aku rase macam geli-nak taknak je dekat ngan binatang alah tu, mid lak sebok mengacah aku (eleh bajet aku takut haa? :P) aku geli jek. so kena rilekkan diri dulu, tarik nafas panjang2 baru boleh tgk dekat2. mid ni gelojoh! HAHA. keadaan agak tak tenang time ni sebab aku geli. mid ni lak main paksa-paksa aku. tetibe ade suara garau tanye aku; 

si suara garau [lelaki-tak-dikenali]: eh takkan rabbit pun takut? *dia tanye aku sambil sengih-sengih*

si suara manis [A K U]: eh??? *pelik sebab apehal lak sebok tanye-tanye aku. huh. peh jual mahal aku ni* lalu menambah; eh mane ade takut.

si suara garau [lelaki berkenaan]: tu yang macam takut-takut tu *sengih lagi*

si suara merdu [A K U]: ouhh. bukan rabbit lahh. ni ha salamander ni. pastu tu ular *ujar aku sambil tunjuk ke arah binatang terbabit*

si suara garau [lelaki itu lagi laa]: ohh. yang ni takut tak? *sambil tnjuk kat ikan dlm akuarium sebelah dia*

si suara lunak[semestinya A K U]: lohh. tu ikan nak takut apenye *laju2 buat muke belagak! HAHA. oke, tipu.. ;p aku buat muka pelik jela*

si suarau garau [YA. masih dia]: eh ni kalau boleh pancing ni, shoooo (sound-efek campak pancing)..tapi saya pancing awak (dalam masa yang sama time dia cakap ni, dia buat kunun 'pancing lutsinar' kat tgn dia tu mengarah ke aku)

A K U: *ternganga tengok aksi spontan dia* OMAGADDD! ni scene dalam Semerah Cinta Stiletto lahh! HA HA. gila lahh laki ni. malu siutt aku. agak la nak usha MID pun kann~ keh3..ramai orang kot time tu..adoyaiii. sabo jela. at the same time, mid yang diri kat sebelah aku dah gelak terkekek-kekek macam ikan kekek daa. aku join jelah sbb mmg xsangka dia boleh buat scene tu! haha. lelaki tersebut pun gelak gak r. ade gang upenyeh! ciss! tak perasan pon. ingtkan dia pekerja PETWONDERLAND tuh. upenye bukan =.="

*dalam tren, nak balik UKeheM

aku ngan mid dduk seperate sbb seat penuh. tetibe mid wave kat aku, bagi isyarat tapi aku tak paham. oke dapat message dari mid;

"weh, mamat saye pancing awak tu ade la weh! sebelah kiri ka, kat pintu."


omangaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~ Allah je tau betapa cuak nye aku. takkan betol2 pancing kot. satu je doa aku time tu; dia BUKAN student UKM. tak tenang siot dlm tren. hisyy~ mana tak cuaknye, kat stesen BTS, ramai owg turun, dia tak turun. kat serdang, still tak turun. ingatkan stdent UPM. satu je harapan aku, hope dia turun kat kajang ataupun after UKM. TAPI~! kat kajang dia tak turun gak. aku ngan mid tahan gelak jela. gile ape kalau dia budak UKM. mampus aku. sekali dah sampai stesen UKM, kitowg kuar. dah kat luar aku curi-curi pandang kat dalam. Alhamdulillah, dia bukan budak UKM! :D tapi xleh blah time aku pndang tu boleh lak dy senyum2..ciss. rase nak kasi backhand jek =.=" tapi nasib baik laki tu ok. lawak gak la bile dia buat scene tu..haha. siyes tak sangka.

aku ngan mid pun melangkah pulang ke UKM dgn hati lega gila. sampai bilik still gelak-gelak. TAK SANGKA WEH! =))


ps: FUHH! nasib baik xkena pancing dia.. BAHAYA!

Tuesday, October 5, 2010

quicknotes

minggu ni supa-dupa busy. cepat laaaaaaaaaaaaaa habis minggu ni [tapi cuak nak exam fr statistic] ohhhemmmmgee! dear Lord, help me please with statistic. xtau la kenapa susah betol aku nak ngam ngan statistik ni :{ 




ps: doakan aku. TQ. :)


*menulis dalam keadaan tertekan, ingin escape dari UKM, escape from those alotsaa bunch of works+assignments+examsss. i want to go to beach! ugh. sabar lah hati :')

Monday, October 4, 2010

futura




The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams. A man who dares to waste one hour of time has not discovered the value of life. live our life to the highest reach. though there s someone who hates you, this is real life, face it, and one day you can make it. He will always be by your side. good luck! :)
-akka taleeb-