Sunday, June 17, 2012

27 Rejab | Israk Mikraj

Aku dulu seorang yang selalu dengar ceramah pasal Israk dan Mikraj (time skolah dulu selalu kan), tapi tak penah ambil iktibar. Tapi malam ni, Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk baca artikel ni :')

Lepas habis baca, part ni lah bagi aku, yang paling meruntun jiwa :'( Betapa tingginya nilai kita (umat akhir zaman, umat paling lemah, umat kekasih-Nya, Nabi Muhammad s.a.w) di sisi Allah :')


*****

Di Tangga ke-10: Baginda Rasulullah s.a.w sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. 
kemudian berlakulah dialog antara Allah dengan Muhammad, rasul-Nya:

Allah: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku berikan keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf & nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) semayang.

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w dibawa menemui Nabi Sulaiman a.s, kemudian Nabi Musa a.s yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.





akhir kata: Solat adalah Mikraj seorang mukmin J -@MMahadhirBinMZ 

No comments: