Tuesday, July 27, 2010

malam Nisfu Syaaban.

assalamulaikum. :)

ohh ya. malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. jujur aku cakap, aku baru tau ni. *sedih. patut la ramai puasa hari ni. pelik gak aku. ya Allah. jahilnya aku. :"( untuk menebus kejahilan, aku baca lah surah Yassin 3kali, diselangi dengan doa-doa. nak tau lebih lanjut, korang boleh usha sini. click on.

pelangi petang di kolej aku


tetibe aku teringatkan rumah. biasanya, kami sambut malam Nisfu Syaaban ni dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. mesti korang ingat famili aku ni sangat-sangat Islamic, kann? teehee. Alhamdulillah. ini semua kerja Allah. apa yang mak abah terapkan dalam hidup, itulah yang mencorakkan kitorang adik-beradik hari ni. takde lah islamic mana sangat senanye,,hehe.hanya Allah yang  tahu. :') ohhh aku rindukan suasana itu..! lepas solat Maghrib, baca Yassin sama-sama. berdoa sama-sama. mohon keberkatan dunia akhirat, panjang umur serta murah rezeki yang halal. 

di kesempatan ini,
kepada anda yang membaca; mohon maaf bilamana saya membuat silap. manusia, kesilapan itu yang mengajar kita. betol kann? :) tapi, jika ada silap yang nyata dan terlalu kasar lagaknya, mohon ampunkan dosa saya. saya kalau boleh nak bukak buku baru. this is my humbly apology, and i need you guys for this. semoga hidup kita semua semakin diberkati oleh Allah, dipanjangkan umur dan sentiasa berada di landasannya dalam mencari rezeki yang halal. Amin.


ps: i need to call my mak.

pss: last entri before bertolak pergi Redang. have a bless days-ahead all! :)

1 comment:

Mr.Nik Syafiq said...

oraito....bguslah...sy maafkan,hehe(cm ade wat silap jer)...gudlark kamu disane...dn semoga selamat pulang ke tanah semenanjung