Friday, May 25, 2012

Jumaat indah :]

Siapa lah aku, hamba hina untuk membongkak nikmat yang Allah bagi. Siapa lah aku untuk melawan dugaan yang Dia datangi...

Jumaat, 25052012
Hari ni hari Jumaat yg biasa bagi aku. Sama je kot macam minggu2 sudah. Setelah 2 malam berhempas pulas siapkan data, melukis & menulis serta bermain dgn software & kalkulator, maka aku rasa aku perlu mengadu. Aku cuba jadi kuat, tapi Dia yang lebih tahu. So Subuh tadi aku nekad berdoa kepada-Nya, apa2 pun jadi aku mintak Dia permudahkan semuanya. Apa2 jadi, lembutkanlah hati Dr. Azman. Apa2 pun jadi, kuatkanlah hati aku untuk terima apa saja dugaan-Nya. Dan lepas solat, aku sambung kerja macam biasa....dan aku redha. Aku dah buat sehabis baik, 2 malam tak tido. Sempat short nap je. Tawakal. 

Aku janji dgn Dr. Azman nak jumpa pagi, tapi aku terlajak tido. Tak larat sangat, 830am aku tido kejap. Mata pun berpinar pndang laptop jek -__-' Tapi aku tersedar 1145am, time aku dpt msg dari dia. Huuu bersalahnya aku T__T

Lepas solat Jumaat (pkul 3pm) aku pegi lah jumpa dia. Dah sampai, wire laptop pulak tertinggal. Allah...banyaknya dugaan aku. Dahla perut kosong x makan apa2 lagi. Then aku masuk semula lab, bukak laptop & start discuss dgn dia. Alhamdulillah, janji Dia itu benar :') Dr. Azman sangat membantu even dah saat2 akhir camni. Dari mula aku start buat tesis sampai skarang, tak pernah sekalipun dia marah tengking2 aku. Tak sama langsung mcm apa yang senior aku penah cerita. Aku yakin, ini semua kuasa Allah. Terima kasih Tuhan kerana Kau telah lembutkan hati Dr. Azman :')

Lepas jumpa dia, aku pegi beli makanan dulu sebelum balik ke bilik. Tiba2 dpt call, diterima untuk practical di Wiranda. Allahuakhbar. Terlompat aku. hahaha! Malu betei, x prasan ada 2 jejaka tgh lepak2 kat situ. adeh -__-' Balik bilik muka nak senyum je kan :">

Time aku naik tangga, entah camne aku ter-stop jalan jap. Aku mcm terkesima jap bila atas tangga bukit tu, aku dgr banyak azan (dari banyak tempat). Ohh dah Asar. Tapi entah kenapa azan tadi macam pelik. Menusuk sangat :'(

Termenung. Masa tu, line 2 kalimah shahadah. Allahuakhbar. Aku terasa macam aku ni baby yang baru lahir, terasa lain sgt dengar azan tu tadi....



Balik bilik, wuduk, solat...menangis. Dia je yang tahu...


3 tahun
pensyarah - mentor - supervisor(sv)

TERIMA KASIH Dr. ;)


ps: semoga aku tak menjadi cepat lupa..lupa diri :p


No comments: