Friday, May 25, 2012

Jumaat indah :]

Siapa lah aku, hamba hina untuk membongkak nikmat yang Allah bagi. Siapa lah aku untuk melawan dugaan yang Dia datangi...

Jumaat, 25052012
Hari ni hari Jumaat yg biasa bagi aku. Sama je kot macam minggu2 sudah. Setelah 2 malam berhempas pulas siapkan data, melukis & menulis serta bermain dgn software & kalkulator, maka aku rasa aku perlu mengadu. Aku cuba jadi kuat, tapi Dia yang lebih tahu. So Subuh tadi aku nekad berdoa kepada-Nya, apa2 pun jadi aku mintak Dia permudahkan semuanya. Apa2 jadi, lembutkanlah hati Dr. Azman. Apa2 pun jadi, kuatkanlah hati aku untuk terima apa saja dugaan-Nya. Dan lepas solat, aku sambung kerja macam biasa....dan aku redha. Aku dah buat sehabis baik, 2 malam tak tido. Sempat short nap je. Tawakal. 

Aku janji dgn Dr. Azman nak jumpa pagi, tapi aku terlajak tido. Tak larat sangat, 830am aku tido kejap. Mata pun berpinar pndang laptop jek -__-' Tapi aku tersedar 1145am, time aku dpt msg dari dia. Huuu bersalahnya aku T__T

Lepas solat Jumaat (pkul 3pm) aku pegi lah jumpa dia. Dah sampai, wire laptop pulak tertinggal. Allah...banyaknya dugaan aku. Dahla perut kosong x makan apa2 lagi. Then aku masuk semula lab, bukak laptop & start discuss dgn dia. Alhamdulillah, janji Dia itu benar :') Dr. Azman sangat membantu even dah saat2 akhir camni. Dari mula aku start buat tesis sampai skarang, tak pernah sekalipun dia marah tengking2 aku. Tak sama langsung mcm apa yang senior aku penah cerita. Aku yakin, ini semua kuasa Allah. Terima kasih Tuhan kerana Kau telah lembutkan hati Dr. Azman :')

Lepas jumpa dia, aku pegi beli makanan dulu sebelum balik ke bilik. Tiba2 dpt call, diterima untuk practical di Wiranda. Allahuakhbar. Terlompat aku. hahaha! Malu betei, x prasan ada 2 jejaka tgh lepak2 kat situ. adeh -__-' Balik bilik muka nak senyum je kan :">

Time aku naik tangga, entah camne aku ter-stop jalan jap. Aku mcm terkesima jap bila atas tangga bukit tu, aku dgr banyak azan (dari banyak tempat). Ohh dah Asar. Tapi entah kenapa azan tadi macam pelik. Menusuk sangat :'(

Termenung. Masa tu, line 2 kalimah shahadah. Allahuakhbar. Aku terasa macam aku ni baby yang baru lahir, terasa lain sgt dengar azan tu tadi....



Balik bilik, wuduk, solat...menangis. Dia je yang tahu...


3 tahun
pensyarah - mentor - supervisor(sv)

TERIMA KASIH Dr. ;)


ps: semoga aku tak menjadi cepat lupa..lupa diri :p


Thursday, May 24, 2012

Let pictures do the talking | Part 1

Bring the GIRLS out! ;)


Anum


beng


lulu


min
cha


reeyn


yatt


yana


mun


meng


yaya

senah

amoi :D
Angel - Que Han - Wei Ling - Elaine - Jun Man - Vivian










...


Monday, May 21, 2012

tiba-tiba gua teringat. dahulu kala, rajin je gua ym dengan lu

momen ni, gua rindu pulak nak berkongsi cerita & mengadu dengan lu :')




be good. 


Wednesday, May 2, 2012

02 may 2012

Minggu ni merupakan minggu yang sibuk juga ye. Eh bila masa je since masuk final year ni aku merasa minggu yang tak sibuk, ye dak? -..- Tapi takpe. Kalau nak sibuk tu, biar berterusan. Sebab aku sangat tak suka bila sibuk pastu lamaaaaa tak sibuk & relax, memang dah lari rentak. Rasa nak bersenang lenang jek. Buat keje pun lambat jek.

Ohh anyway it's MAY! Kita mulakan bulan May dengan sedikit tegang ye. Hish macam2 la. Dah tahun akhir, semester akhir ni macam2 pulak konflik. Tapi gaduh2 camni mcm seronok gak, sebab nanti dah besar bila teringat smule mesti rasa nak gelak pastu cakap " Eh silly nye kita back then " :p Tapi gaduh yg sikit2 lah ye. Bukan gaduh yg teruk2 sampai kita rasa regret.

And few days right before masuk bulan May, aku dengan Yana telah membuat onar yg mana amat memalukan! Ya Allah, kau dah besar (means dh 3rd year) kat UKM, baru skarang ni lah kan nak buat onar..hahahha. Seriously buat malu je. Tapi on the bright side, kami tetibe je macam jadi kamceng dgn pakcik library tu. Iyela, Yana jenis pandai amek hati org tua, so tak pelik kalau boleh kamceng :D

Langkawi | 10April2012
jiha-syam-syaza-yana-syifa-me





Gentle reminder: Kita bukan kira seniority, tapi sebagai manusia bertamadun, hormat-menghormati itu perlu. If U want to gain respect from others, respect 'em first ;)