Thursday, May 23, 2013

'suci' little secret

Assalamualaikum :)

Peluang mengerjakan umrah; aku memang ambil peluang tu ibarat orang yang sangat-sangat tamakkan kasih sayang dari Allah serta kerinduan yang teramat sangat pada Rasulullah s.a.w.

Banyak yang aku mintak. Banyak aku berdoa. Terlalu banyak. 
Tapi masih belum cukup.

Terlalu banyak masa aku habiskan dengan 'berbicara' dan 'meluahkan rasa' pada Tuhan Yang Satu.
Setiap detik, setiap saat. Tak berhenti. 
Tapi masih belum cukup. Nak lagi. 

Terasa sangat dekat dengan Dia. Pertama kali aku rasa sangat sangat sangat disayangi. Disayangi dan dicintai oleh sang Pencipta pulak tu, yang Maha Pengsih lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin aku lupa dan abaikan cinta dan kasih sayang ini sekembalinya aku ke Malaysia? :'(

Perasaan dan jiwa aku ketika itu jika dizahirkan, memang nampak macam orang gila & tamak. Terlalu banyak yang aku adukan. Wahai Tuhanku yang Maha Mendengar, hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala rahsia dan isi hatiku...berikan jawapan untuk setiap persoalan Ya Allah.

Selasa, 5 Mac 2013
Maha Kuasa Dia, doa aku seperti dijawab. Di Mekah, segalanya pasti. Tapi aku kurang pasti :3 Kelu. Aku tidak berhenti berdoa dan 'berbicara' dengan-Nya. Kerana aku kurang yakin dengan apa di depan mata ini. Bukan kurang yakin dengan kekuasaan-Nya, cuma melihat 'jawapan' itu, aku jadi kurang pasti.

Kurang pasti adakah dia hadir sebagai dugaan, atau mungkin rahmat, hadiah daripada-Nya?

Sungguh aku buntu ya Allah.

Wahai Tuhanku yang Maha Mendengar, hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala rahsia dan isi hatiku...ampunkan segala dosa & kekhilafan aku, wahai Tuhan Maha Pengampun. Berikan jawapan untuk setiap persoalanku Ya Allah. Sesungguhnya kepada Engkau aku berserah, dan kepada Engkau aku bermohon, wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui...
Amin.