Tuesday, March 29, 2011

jangan kahwin dengan perempuan yang ada 6 sifat ni..

assalamualaikum :)


ehemm..the title sound a bit harsh. izit? heh. aku terjumpa kat FB tadi, and i was so shocked. tak penah pulak aku jumpa artikel ni before this..


cekidoudd..






Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".






1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:


Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.




Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.










p/s: sebaiknya, kahwin la dengan wanita bernama Hasanah. :P

Monday, March 21, 2011

melatah

skang ni kecoh pulak video bunuh dolphin secara kejam -____-'

bencana tsunami, gempa bumi kat Jepun tu semua ketentuan Allah. dah nama pun bencana alam kan? so kita sebagai hamba Allah, manusia biasa yang memang cetek pemikirannya, toksah la nak kalut cepat melatah cakap macam-macam. kau dah tengok Sharkwater? dah tengok The Cove? dua-dua ni merupakan dokumentari pasal shark and dolphin yang menjadi buruan hangat oleh Jepun a.k.a nelayan jepun. shark diburu sampaikan ichtyologist cakap shark boleh pupus kalau kegiatan ni tak dihentikan, sebab permintaan tinggi terhadap shark fin soup. and permintaan ni permintaan siapa? mestilah manusia sejagat. satu dunia. bukan rakyat Jepun je. ok pasal dophin tu pulak, sebab dolphin besar. daging dia sedap, and kebetulan kat perkampungan Taiji tu, memang banyak gilaaaaaa dolphin! dolphin mmg selalu berkeliaran dekat dgn perairan area perkampungan Taiji tu. disebabkan nelayan-nelayan kat situ dpt tau daging dolphin sedap and BESAR-BESAR, that's why la dyowg nekad bunuh dolphin tu. kejam. memang! tapi sebab duit, semua buta. AGAIN. bukan semua rakyat Jepun tau pasal dolphin ni (now dyowg dah tau sbb dah revealed and dah takde kegiatan bunuh2 dolphin ni dah). korang patut tengok dokumentari The Cove and Sharkwater ni dulu, sebelum MELATAH.


Sharkwater; Rob Stewart <3
-no finning!-



melatah maksud aku kat sini ialah, korang jumpe video bunuh2 dolphin tu. and laju2 je judge and cakap:
haaa tu lah, kejam sangat. patut la kena tsunami!!!

serves u right lah Jepun! tamak sangat nak duit, bunuh dolphin sana sini..ambik kaw!

etc etc...

ade jugak cosmate aku ni tag kat video tu. aku baca je komen2 dyowg. and jujur aku cakap, aku sedih bila mmbe aku sendiri ade tulis ayat yang lebih kurang macam contoh yg aku kasi kat atas ni :'( kita sama-sama mariners, belajar pasal laut, pasal ikan, and pasal semua lah kan yang berkaitan dengan laut. patut guna akal, bukan otak yang diletakkan di kepala lutut. think wise before u sayyyy anything. THINK WISELY!

mestilah aku sedih. sebab kita orang Islam. patutnye kita lebih arif psal bencana ni. maksud aku, kita kena sedar, semua yang terjadi ni ketentuan Allah. ye..mungkin ini balasan Allah untuk Jepun. tapi siapa kita untuk judge orang sampai macam tu skali??????? kena ingat jugak. setiap apa bencana yang berlaku, itu semua peringatan. PERINGATAN untuk kita umat manusia, terutama muslim. korang pegi doa yang bukan-bukan, easily accused and cursing 'em like that, korang lupa. lupa pada yang Satu..

so, please stop. please.........................

korang tak tgk berita ke? tak baca paper? bertampal-tampal kertas kat board, masing-masing cari ahli keluarga yang hilang. sanggup? SANGGUP ke korang cakap ayat-ayat (yang kaler pink) kat atas tu kat dyowg? rakyat Jepun yg tak bersalah? SANGGUP??!! kalau kau rasa kau mulia, baik hati, ade perikemanusiaan. please stop saying all those shitty words! kalau aku boleh menangis, inikan pulak dyowg yang tak bersalah, yg taktau ape2.

ingatla..masih ramai jugak rakyat Malaysia kat Jepun tu. doa lah yang baik-baik je untuk Jepun....






arigatou :')






p/s: korang patut follow theSeaShepherd jugak. kalau dah follow tiga2 ni, rasa2nye akal korang akan lebih terbuka menilai sesuatu dari semua sudut & aspek....



Tuesday, March 15, 2011

There are two kinds of silence...


The awkward silence: the silence between two people who have nothing to say to each other.
The perfect silence: the silence between two people who have a million things to say to each other, but choose not to do it at that moment, because they know they will have a million other opportunities to say them, because they are going to be in each other’s life’s forever. Usually you walk away from the perfect silence feeling like you just had the best conversation ever.


p/s: awkward silence sangat awkward and aku penah rasa. sampai rasa nekad sangat nak lari time tu. HAHA and perfect silence pun penah rasa. chill jee :D
p/s/s: apesal belog aku gila xnak load gambor? -____-'

Monday, March 14, 2011

dear syahrul,

kitorang kat sini gilaaaaaaa risau kot. yelah. tsunami betul-betul kena kat Miyabi Miyagi lak tu. kira tempat kau jugak la kan? :( tapi Alhamdulillah semua nye ok je. haishhh..kitorang yang ber-status membe je ni pun risau gila, inikan pulak parents + family kau kan? :')

tadi bukak FB, tengok2 kau ade post gambo. ecewwwah sempat lagi bergambor yek? :P xpela. asalkan semuanye elok-elok je..


oleh kerana aku tak mendapat keizinan untuk publish gambar kau + kau handsome (takut ade org eksploitasi gambar ni) then aku terpakse lah letak emote..hihi. emote ni mmg sgt bersesuaian dgn karakter lu kan! hahaha...sorry :P






be strong Incik Pepel. keep on praying :') hidup baik-baik. :)



Tuesday, March 8, 2011

i'm in love, and am terrified



and i'm in love..

and i'm terrified......

for the first time in the last time

in my only life.


Sunday, March 6, 2011

impian @ cita-cita. LIVERPOOL aku MENANG :D

assalamualaikum :)

bila cakap pasal cita-cita, aku ingat lagi. dulu time kecik-kecik, kecoh bagitau mak abah, semua orang la. nak jadi doktor. pehh, kecik-kecik dah pandai pilih kerjaya hebat kan :"> tapi, as we grown up, semua tu bertukar-tukar. ikut citarasa dan keadaan semasa. penah aku plan nak jadi engineer, architect. tapi tu semua time skolah rendah. semua nak nama sedap-sedap je. takde rasa nak jadi cikgu pun. tapi bila dah masuk skolah menengah, aku nampak halatuju aku more to biology, so cita-cita as a doctor tu mybe ade harapan la kan, sebab minat dah ada :D tapi entah mana silapnye, aku nampak minat aku beralih ke interior designer pulak. aku sangat gilakan ID sampaikan almost semua majalah berkaitan ID aku baca, and try la buat kat rumah sendiri. tapi tak menjadi sgt sebab tu bukan umah aku. tu umah mak abah so susun atur banyak mak yang decide..huuuu~ sedih...


bila masuk matrik lagi la. tetibe je aku suka gila kat subjek Fizik. ohhmaiiiiiii senang kot Fizik tu. tapi still, jiwa aku tetap pada subjek Biologi. tapi aku alih view aku. aku xnak jadi doktor sebab tak layak ramai sgt owg nak jadi doktor. so aku pilih course Marine Science as 2nd choice untuk masuk U. and aku dapat :D


now aku yakin masa depan aku dengan marine science.


tapi itu semua cita-cita. tapi impian aku. ada banyak, tapi ada satu impian aku ni yang aku still pegang sampai sekarang, and insyaAllah sampai aku dah keje banyak duit nanti..


since sekolah menengah tanam impian ni. sama-sama bermimpi dengan clan aku; Eja, Lely..


tengok LIVERPOOL match live @Anfield :')

and

nak jumpa 1st love aku ni..HAHA!






p/s: LIVERPOOL aku MENANG. 






end of story :)