assalamualaikum :)
heyy what a beautiful day lah hari ni. semalam after exam marine chemistry memang tido lena gila- gila lah! hehe..tapi rasa macam syahduu sket semalam..hari ni kan hari kelahiran junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w. so secara x langsung buatkan aku teringat mak and abah. rindu nak dengar suara mak mengaji :') rindu nak berimam-kan abah waktu solat :') heyy rindu lahh! tapi malu nak cakap..haha!
so nak wish kat korang-korang yang membaca ni,
SALAM MAULIDUR RASUL :)
jangan lah sekadar wish tapi sama-sama lah kita memperbanyakkan berselawat. bukan hari ni je, tapi setiap masa :')
ok enough..ni nak gossip! haha..eh aku bukan kaki gossip. kalau orang bercerita dan kebetulan aku ada kat situ, so aku tau la..otherwise, mesti aku xtau. this time bukan la gossip nak burukkan orang ke apa. tapi ini peringatan dan nasihat buat 'mereka'+aku+KITA yang suka sangat buat benda-benda macam ni. benda apa? haaa sila tengok smule tajuk-----> stalker.
aku tau sume orang suka stalk. ada banyak jenis stalker. meh aku listkan:
1. stalker yang stalk orang yang dia kenal + dia suka orang tu. kiranye ada crush la ni ;)
2. stalker yang stalk orang yang dia kenal + dia taksuka. ni mesti ada konflik antara depa ni..
3. stalker yang stalk orang yang dia kenal + benci gila + menyampah gila kat orang tu. haaa ni konflik berat. dah taksuka menyampah benci tapi still stalk.
4. stalker yang stalk orang yang dia sendiri TAK KENAL/TAK BERAPA NAK KENAL + dia benci + menyampah + meluat dengan orang tu. haaaa yang ni la yang aku nak story ni. apesal huh ada orang sekejam ni?
ok lemme explain one-by-one :P
#1. alah mengaku je korang penah buat semua ni. SEMUA ORANG buat kot. takkan la korang dah suka orang tu korang taknak langsung tahu EVEN bday dia? hahahahaha..ok aku mengaku aku buat ni. aku stalk Steven Gerrard :"> every single thing about Gerrard aku stalk, ok! HAHA..aku siap penah jealous lagi ngan wife dia time wedding dyowg dulu :( gila la aku ni..haha. aku stalk jugak Zahiril Adzim, Nate Archibald (Gossip Girl), and tak lupa ALI ! yeaappppp! best stalk si ALI ni. biasa lah, kita suka dia mesti la seronok stalk :P nak2 lagi dah ada FACEBOOK! ye dak? haha..dah stalk pandai-pandai la korang buat next step ye? next step: berkenalan (kot?)
saya memang suka stalk orang 'muka ketat' macam awak ni :">
macam ALI jugak :)
p/s: ALI adalah pelakon KAMI, bukan mmbe kepada mmbe kepada mmbe kat FB. lol. tak rajin aku nk stalk mmbe kepada mmbe kpada mmbe :P
#2. haaa yang ni common la among us. especially girlssss *rolling eyes* depa ni macam xde keje lak kan nak stalk orang (cehh mcm la aku ni bkn pompuan :P) ok2 jangan amek hati lak ngan aku. aku just bgtau bnda betul je..aku penah buat SEKALI. sebab aku curious kenapa dia buat mcm tu kat aku. kitowg (aku & this girl) memang kawan tapi tak rapat coz kitowg kelas lain2 dulu. but then something happened between me and *^%#. ada kena mengena ngan this girl..so aku stalk dia untuk kepastian and kitowg siap penah discuss lagi. ok ini crite lama. dah almost 2tahun dah :) tapi kitowg end up baik2..sampai skang kitowg rapat..hehe. she's a really gorgeous kindhearted friend so why should i lose her? ;) ok ini story aku. aku stalk dia untuk kepastian & untuk dscuss benda tu elok2 TAPI ramai yang terlibat dlm golongan 2 ni tak berakhir mcm aku..certain mungkin akan berlarutan sampai depa jadi macam golongan #3 ni...
#3. yang ni paling bahaya! haha..aku selalu tanya orang why and why and WHY korang stalk dia kalau korang memang benci/nyampah/sakit hati ngan dia? jawapan yang diberikan adalah agak menghampakan aku. kalau boleh dibuat kajian memang aku nak kaji sangat kenapa ade orang yang jenis mcm ni. tapi xpela. tu hak masing2..so aku xnak kacau la :P ehh kalau ada yang baca ni terasa ke apa, SORRY tau! ;) no biggie :p
#4. haaaaa yang ni la motif utama aku nak menaip entri baru arini :P kalau setakat yang #1-3 tu aku tak kisah sangat sebab kita kenal. so banyak sebab untuk kenapa kita stalk and alasan kenapa kita taksuka someone tu sampai kita nak stalk dia. tapi yang ni???????? seriously kau takde keje lahh! aku memang meyampah betol dengan orang type macam ni. dahla tak kenal, kau nak accuse dia macam2. ok maybe physically kita boleh nampak orang yang kita tak kenal+taksuka tu gedik melampau/cantik@handsome gila!/hard gay/hard lesbo/manusia 2 alam atau apaper jela. tapi soalan aku: KAU KENAL KE DIA? bagi aku, sangat2 tak patut bagi kita semua untuk tuduh or mengecam orang yang kita TOTALLY TAK KENAL, dgn mcm2 tohmahan/cacian/umpatan/carutan. amboiiiiii baik benor yek kome ni sampai mcm tu skali nak 'buat' orang. orang yang kau tak kenal pulak tu. ok mybe kau kenal orang tu tapi kau kenal dia betul-betul/rapat ke? mestilah TAK kannnn??? so KENAPA ye kat dunia ni ramai sangat manusia yang sesuka hati jek nak menyampah/mencemuh orang yang dia xkenal? ada je orang-orang yang berada dlm lingkungan persekitaran aku skang ni (xkisah la kat UKM, kat kampung or kawan2 skolah/matrik lama) yang berperangai macam ni. aku rasa nak je tanya kenapa ehh sampai mcm tu skali perangai kau?
nasihat aku: kalau kita mengaku kita ni lebih cantik@handsome, lebih baik, lebih lurus (tak gay/lesbo), tapi cuba tgk attitude kita pulak. mcm mane penerimaan kita terhadap orang lain. kalau baik saja tapi susah nak terima orang lain, susah la! kau je betul, kann? memang porak peranda lah dunia. pastu paling teruk bila kau tak kenal + kau cemuh dia then kau bagitau membe-membe kau yang lain. which this means that kau bawak mulut busuk kau tu, buat cerita padahal mmbe kau xtau apaper. tp sbb mmbe kau tu tgk kau berapi sgt, so dia ingat kau kenal la dgn orang yang kau benci mati tu padahal kau bawak mulut je..
kamon la. bawak-bawak la buang tabiat buruk tu. ni peringatan untuk aku, korang dan KITA SEMUA. aku nampak penyakit ni main berleluasa kot :(
ok dah. tu je aku nak share. ni pandangan aku..apa yang aku nampak kat sekeliling aku. masing2 dah besar kan..dah masuk 20 dah semuanya. semoga peningkatan usia kita sejajar dengan peningkatan sahsiah serta peribadi kita. ni yg selalu Incik Pepel pesan kat aku dulu sbb slalu kot cerita probs kat dia :P jangan jadi orang yang tahu baik buruk, ajak orang ramai buat baik (dia tau amar makruf nahi mungkar) tapi dia lupa nak tengok/cek diri sendiri dulu. ini la antara kenapa kita semua boleh berpecah belah. paling teruk bila kita bawak mulut. korang nak stalk, sila la stalk sampai korang puas hati tp JANGAN sampai timbul fitnah. lebih baik kau bunuh je orang tu daripada kau fitnah dia..
and one more thing, Facebook kegunaanye adalah still connected with long-lost-friend and make new friends, bukan untuk stalk! tapi kalau stalk untuk kepuasan diri sendiri tu sukahati korang la tapi kena ingat tujuan asal FB tu..jangan jadi kejam (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya) atau bahasa mudah, salahguna sesuatu kemudahan tu. sbb ramai sgt stalker sampai FB nak tutup..haha!
till then. maaf atas kekasaran bahasa :)
wish all again, SALAM MAULIDUR RASUL :)