Thursday, January 20, 2011

1st fieldwork. yeay (?)

assalamualaikum :)

yes! malam ni akan bertolak ke Mersing for fieldwork. takdela happy sangat sebab tempat tu macam tak brape nak syiokk je -__-' sebab, xleh langsung turun laut...EVEN nak skin-dive T_____T weh rindu la siott nak dive. dah alang-alang pegi fieldwork ni, nak gak terjun laut. xde tank pon xpela asalkan dapat skin-dive. tapi, hampeh T_____T

bulan 2 nanti pun ada lagi fieldwork. duit keluar lagi. and, still tempat yang sama.. and ofcourse la takleh terjun laut! T____T benci la camni. ada senior bagitau kitorang semalam, time dyowg pegi taun lepas untuk subjek Iktiologi, budak Biology kena turun laut lumpur. bila budak Bio naik je, budak2 Ocean semua cakap budak Bio busuk. what the..... T____T air dia busuk ke? TAKNAK PEGI ! ! ! ! ! !

ok la. nanti akan update dengan gambar-gambar. gambar ihsan daripada kamera chaza and yana. naik tahun 3 aku beli kamera sendiri. underwater oke? haha..insyaAllah :)

tak sabar nak usha awan cantik kat Mersing. boleh snap2

ohh. last but not least (mcm ending english essay form 5 la pulak),  Selamat menyambut Thaipusam bg mereka yg menyambut!

ciao!

Tuesday, January 18, 2011

hope...


I hope our friendship wouldn't change even till we marry someone, we have children and old :')





*edited*

semalam bukak pendrive yang simpan gambar matrik, semata-mata nak cari ini budak (gambar berikut). aku sangat terhutang budi+nyawa la kat beliau ni. beliau seorang kawan yang sanggup susah demi aku. sorry bro, banyak susahkan lu :') and THANKS sangat-sangat!!! :')

beliau yang dimaksudkan ialah padiey (tengah)






ps: banyak gambar dicuri =P thanks mate ! ;P

Sunday, January 16, 2011

MTV Seoul Sunday yaww!

assalamualaikum :)

korang minat korea tak? now ada Seoul Sunday kat MTV and seriously aku rasa nak balik every weekend jek! haha. seronok la pulak dok melayan Kpop nih. btw, aku memang minat and layan segala macam jenis cerita korea dari dulu. start skolah menengah la. tapi jangan ce-try-test uji pengetahuan aku psal cerita-cerita tu sebab aku tengok suka-suka jek. so takde la nak ingat and kenal gila-gila ngan every single cerita and pelakon tu :D kpop (lagu2 korea) ni pun aku start minat time kat matrik. sebab pasal musik ni aku 'kureng' sket. bukan ape. aku dengar lagu2 yang aku boleh faham and kebanyakan lagu aku suka sebab lirik. yeahh..am lyrical-type :p

hari ni kat Seoul Sunday tu siarkan Bigbang. aku tak suka Bigbang..and aku jugak tak suka SuJu (super junior) sebab ape? sebab bigbang tak handsome..wahahahha!! senanye handsome je dyowg tu tapi bukan type aku..ecewahh! SuJu pulak ramai sangat. aku memang nyampah nak kenal-kenal sebab ramai sangat. tapi dyowg menari memang smart. haa part menari ni memang aku suka je semua2 group ni. 

handsome ke? aku suka baju kuning (kiri) ni jek


tapi kalau diikutkan dari segi tarian+lagu+rupa...aku memang suka gila kat DBSK :D 


ni lagu favourite! 1st time aku tengok performance dyowg kat Mnet award (kalau tak silap, tp yang pasti korean's award la) and terus SUKA GILA :D siap follow step nari lagi. thanks to roomate and budak2 depan bilik time matrik dulu tu..termasuk si padiey :D sebab korang korang korangggggg la aku terjebak..haha. mula2 malas nak join korang minat lagu+artis+band korea ni tapi trtengok Mirotic terus layannnnnnn :D till now, 1st place dlm list aku mmg DBSK la. lagi satu aku suka yang kat sini. and semua2 pasal DBSK aku suka... :D

weeee! suka semua tapi paling suka Jaejong (tengah) 
tapi gwa sangat tak berkenan dgn rantai tu T___T

hai yang tengah tuw *gediks*


wahai jejaka-jejaka kacak, lu olang dahla kachak. pakai pulak t's putih T__T
gwa dah jatuh sangat-sangat jatuh ni T___T please. lu olang memang handsome!
*drools*


pastu, tahun 2009 aku ada usha belog membe kepada membe aku ni. bdak tu study kat Jepun so banyak artis yang kita (malaysian) tak kenal, aku kenal pun bila baca belog dia. now aku tak ter-update dah sebab lupa url belog budak tu..haha. semua artis korea+jepun lahh! memang syiok belog dia. sayang weh dah tak baca T___T so skang ni aku macam biasa2 jela. cuma, aku start suka CN Blue kat belog dia lah. lagu I'm a Loner :D weewittt! handsome siott! dahla band! lagi la gwa sukaaaaaaaaaa! :D start dari situ layan CN Blue tapi mcm biasa, bab artis2 ni aku tak mengambil tahu sangat2. setakat lagu sedap aku dengar, aku layan je. 

aku suka 2 dari kiri. nama xtau (malas nak usha). suka sebab suara dia dlm lagu LOVE sodap!
mak aihhhhh..cair gwa dengar :') dahla handsome :')


lagi aku suka gak 2PM, FT Island. yang pompuan, biasa2 jek. biasa la tu kalau perempuan lebih tertarik kat group lelaki..duh~

aku suka semua gak tapi kalau ikut suara, prefer si Wooyoung. 
dahla comel, bagi aku suara dia paling sedap ^__^


ni sume jambu-jambu. HAHA. lantak la yang penting lagu dyowg sedap :D


owh ye. artis pertama yang aku kenal senanye Rain! and aku suka dia sebab mata kitowg sama! *poyo perasan lebih* hahaha..tapi membe aku, nama dia Eja. penah skali dia panggil aku and tetibe dia nampak aku ni mcm Rain (dari sisi tepi) wahahahhahahahha! itu dia yang cakap, OK? gila la Eja nih. lawak je *padahal dlm hati suka* =P

kesimpulannya, group2 simple je aku suka. malas nak minat yang ramai2 sangat ni. tapi stakat ni, lagu dyowg suma aku layan jek.


aku rasa aku paling suka entri ni sebab ramai jejaka kachak :')



ps: again, jangan ce-try-test-uji pengetahuan aku psal artis2 ni tak kira la omputih, melayu, korea, jepun, cina etc etc ni. memang aku fail la. aku minat lagu jee..haha. kalau handsome tu kira bonus la kann :D tapi psl bola boleh gak korang try test aku..haha

pss: jangan lupa tengok Seoul Sunday @MTV setiap Ahad !

just a dream...


Ann (mmbe aku) baru lepas tag aku kat video ni. kat FB. smart woo :D
petang yang chill and hujan-hujan ni memang syok gak layan nih..


enjoice!



Thursday, January 13, 2011

gwa sangat pantang orang gaduh-gaduh ni. gaduh manja takpe! =P

assalamualikum.


ohh no mood. seriously, no mood at all. petang tadi, after class i end up lepaking at library instead of heading back to college. know why? sebab kalau balik kolej confirm balik tido. mana taknye, after kelas terus g makan. then chaza balik. so aku kena cari port sesuai untuk lepaking. library is the best port to lepaking sorang-sorang :D try it! plus plus, aku dapat study yeayy!


ok now dah malam, aku 'study' How I Met Your Mother pulak..haha. fun weh funn! :D taktau kenapa malam ni memang takde mood nak bukak buku. maybe sebab petang tadi aku dah pulun habis kat library. so xdela rasa bersalah sangat nak layan movie malam ni. tapi ada something yang kacau aku. hemmph! nyampah tau! geram nih. terus takde mood nak 'study', lalu laju-laju bukak tab teru-toro-toru and tulis semuaaa nih -___-' roomate aku. dia nangis. gaduh-gaduh. jerit-jerit. hentak barang. aku rasa nak je masuk bilik and buat muka cool and tanya, "waddap bro?"


seriously, its sickening! aku tak suka lah orang gaduh-gaduh ni. nak nak lagi kalau stok-stok kapel-baru-nak-up ni gaduh. macam bodo je. *haaa..kan aku dah marah. once i say/write bodo, tu memang aku ngah marah la tuh -___-'


eh korang tak sayang ke bf/gf korang? and kalau sayang, kenapa sampai hati buat dia marah, haaa? aku taktau ape masalah dyowg (refer to roomate aku+bf dia tu)..tapi aku sangat-sangat tak suka gaduh, tak suka tengok orang gaduh and tak suka dengar orang gaduh. kalau ada sebelah pihak yang buat lagi sebelah pihak sakit hati, memang la akan marah..then gaduh, kan? entahla. aku ni pun mana tau sangat pasal cinta-cinta ni. kalau ye nak BENCInta bercinta pun, elok-elok lah. buat cara orang dewasa. i mean, secara matang. sebab orang dewasa pun tak semua pandai bercinta. apaper pun, kena lah matang. ehh entahla. seriously aku taktau nak tulis camne dah. pandai-pandai korang la pikir camne. paham kann? heeeeeee....


and now, aku dah cuak ni nak masuk bilik acane..? emosi orang bercinta gaduh-gaduh ni bukan leh caye sangat. cuakk weh! TOLONG AKUUUUUUUUUUUUUUUUU .........T__________T



wuuu yang merah kecik tu aku la tuu wuuuuuuu
T___T
benci. :\




ps: buat korang korang yang bercinta, jangan lah gaduh-gaduh. setel elok2..OK? nak2 lagi kalau korang dapat roomate yang innocent macam aku ni. cuak doe T___T takbaik tau seksa roomate comel baik innocent macam aku ni =P

Wednesday, January 12, 2011

perempuan kalau PMS perut dia memang besar, kan? ohh i mean, perempuan tu suka makan makan makan and makan ! -____-'

************


assalamualaikum ! ngeee.. kat atas tu takde kena mengena langsung. saje gatal tulis. lol.

sekarang ni ekonomi gawat. note this; ekonomi gawat. next couple-triple-trooper of years aku nak flashback baca entry ni sambil muka sengih-sengih bangga kerana, NO MORE GAWAT! time tu gwa dah pegang duit sendiri. dah bina kerjaya gwa sendiri. AMINNNN ! (AMIN ramai-ramai okeh) :D




jum study. i mean a REAL STUDY! 

bukan main-main snap gambo dalam library camnih -__-'
mane la mentor kau tak bising senah oit..



-ciao-

Sunday, January 9, 2011

dilemma [pixie or choppy bangs]













ps: geeeeeeeeeees! i am desperately need a new hairstyle! *pehh macam la gwa ni freehair kann~


pss: yang penting, boleh messy-messy sebab gwa memang suka guna jari je :D

Sunday, January 2, 2011

OMG! it's 2011 :-O

assalamualaikum :)

yeahh! 2011 babe! SELAMAT TAHUN BARU lahh kan :) semua orang happy jek dah masuk new year. tapi aku takdela happy sangat sebab.............umur! T___T actually takdela tua pun cuma umur meningkat, terasa la macam dah tua sikit. huk huk hukk.. ok ok enough!

now nak story pasal new year's eve :D malam tu aku senanye join dinner abang ipar aku. ni akak aku punye idea la nih ajak aku join skali. sebab abang ipar aku ni kerja dengan company Cina so automatis ramai pekerja cina, melayu punye pekerja ciput je maa..tapi plan ni agak FAIL. fail sebab ape? sebab tiba-tiba jek, a week before dinner (last week) aku dapat news ni....

abg Krell: eh Sent, awak jadi tak join dinner ni?
aku: ehh jadi lah. kan Yayah (kakak aku) cakap dia taknak sorang-sorang. nape?
abg Krell: takde ape pun. cuma tu lah...dinner ni tiba-tiba je tadi dapat tau CEO tak kasi kalau bawak orang luar. yang boleh masuk suami/isteri/anak/BF/GF/fiancee.
aku: HAHH?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :-O pastu camne nih?
abg Krell: alaa xpe je. awak jadi la gf membe saye ni..hahahahaa
aku: HAH?!!!!! gila ape? taknak ah! taknak ahh pegi....! T__T time ni aku rase nak je terjun bangunan..eh TAK! nak je call adik pompuan aku so that dia boleh gantikan aku..hehehee
abg Krell: eh nape lak? pegi jela. nanti kita pun duduk semeja. xde masalah pon
aku: blurr -___-' *dalam hati* TAKNAKKKKK!!!!!!


OK fine. aku NAK SANGAT pegi bukan sebab nak makan. tapi sebab nak join celebrate new year jeeee. hello, 1st time kot! *yeahh. sifat jakun gwa terserlah!!* :D pedulik hape jakun tak jakun. dah kiranya ni gwa jujur la kan gwa bagitau gwa tak penah celebrate and tengok fireworks depan mata LIVELY. kat KLCC lak tu. jangan main-main nokks! kelas gituuh! :D

sooooooooo. nak taknak aku pegi jugak la. paling siot, bila aku bagitau yana, chaza and syifa pasal probs aku ni (highlite this dears: PROBS, okey?), dyowg melalut ke laut!! -____-' please la korang. never ever gonna happen laaa. i am not that kind of girl..that can fall in love very easily with any boy.. *kau amek lirik ni then nyanyi ala-ala lagu Taylor Swift-Speak Now..wahahahaa. gwa  lagu ni ketat-ketatt! :p

ok. akhirnya memang..memang gwa pegi dinner tu..pedulik hape kan :D mula-mula segan siot. tema dinner tu Sport, tapi aku and akak aku otaii..haha. kitowg bahan pakai lawa-lawa..ehemm! bukan lawa ape. maksud aku, kitowg bantaii pakai baju lain. takde relate ngan sports langsung! :D paling sadis. makanan semua makanan cino (Chinese food). so ade la tea, sup cina..nasi ronggeng goreng cina. jarang sangat la aku makan nasi goreng cina ni sebab tak pedas. nasib baik hotel tu ade letak semangkuk lada kecik so aku bantai makan ngan nasi goreng :D amoii sebelah akak aku pandang jek aku makan dengan punya gila kentang selera wokk! HA HA HAA 

1stly dia serve bebola ketam+udang goreng ngan apetah makanan tu aku taktau. tapi aku bahan makan jek. tapi agak terbantut la sebab....

aku: yayah (aku pandang akak aku sambil menguis-nguis baju beliau dengan pandangan keliru)...ade chopstick je weh. mane ade sudu gerpu (garfu) T__T cmne kita nak makan? T___T malu la siott aku tak pro guna chopstick bagai. nyesal tak prektik awal2 kat UKM!
yayah: HAH?!!! (beliau turut terkezuuttt!) errr..kita mintak kat pelayan la..
aku: errr..ok. awak mintak la! (laju-laju pandang lain) hahahhaa..gwa malu la nak mintak!
yayah: cisss..yela yela

peh segan siot. aku rase time tu muka memang sah blushed gegilerr! T____T terasa kampungan sesangattttttttttttttt...waaaa benci benci (sambil tumbuk-tumbuk dada mamak kat kafe FST....... -___-' EUWWWWWWW!!)

ok. kami akhirnya berjaya mendapatkan 2 set sudu gerpu..gyahahhhh! =D memang makan dengan seronok skali yaaa :D tapi dalam pada seronok seronok makan tu..malu tak hilang gak. memang aku TAK PANDANG LANGSUNG muka orang lain yang semeja ngan aku tu. malu lahh! berapa kali mau gwa bilangin?? T____T sampai skang malu lagi tau. haaa gelak la kalau nak gelak. takpe. gwa kental. tak terasa hati pun..tsskk tskkk ;'(

haaaa! kat sini aku nak highlite kan jugak kat kome-kome yang kepochi selautan :p aku tak duduk semeja pon lah ngan fake-BF aku untuk malam tuh! waahahahhahaa...bagus memang bagus! senang hati gwa. nak dipilih antara #1 segan sebab tak gheti (reti) pakai chopstick dengan #2 tak selesa gila dduk semeja ngan fake-BF tu...aku rela pilih #1 malu sebab tak pandai guna chopstick tehee. dua-dua bad kot! tapi nak buat cmne. dah memang itu nasib aku malam tu T__T

sepanjang dinner memang havoc la. aku siap dah dapat generate ideas untuk dinner marine jugak! HEHHEEE! tak sia-sia kan aku pegi dinner ni :D boleh tolong cik Jiha sebab dia handle program :) 

OK. inilah kemuncaknye. beberapa minit before midnite (New Year). waktu tu terasa adrenaline dah mengganas sikit-sikit..hehe. ade group ni nyanyi gila punya mantapp la weh! aku rasa nak jek jemput dyowg perfom untuk dinner marine nanti tapi deme ni dah koje. mampuihh nak bayo la kann T__T so aku simpan dalam-dalam jela angan-angan aku tu. seriously SEDAP sangat dyowg nyanyi. lagu cina+english+malay pon nyanyi. lagu ROCK pulak tuhh! kalau nak tau, vokalis tukar2..ade 3 orang. tiga-tiga adalah chinese! bayangkan dyowg nyanyi lagu Search-Isabella WITHOUT lyrics! memang tabik la beb! meromang bulu roma eden ni haa :D right before midnite macam biase la lagu Final Countdown. aku rase, kalau tu bukan dinner abang ipar aku, and aku bukan pergi ngan akak aku tapi dengan membe-membe aku..konfem aku dah join nyanyi kuat-kuat skali ! ! :D serious rase nak lompat2 pun ade..hahahhaaa..tapi nsib baik dapat kontrol :">

oleh kerana Hotel Impiana tu sebelah je ngan KLCC so dapat tengok fireworks dari KLCC. dlm hall tu ade jugak dyowg kasi bunga api tapi bukan bunga api ape pun. setakat spray and yang owg guna time bday parteyyy tu jek :D takpela. cukup la tu kan..hehe. aku ade rakam fireworks tu tapi dlm kamera akak aku. eden ni haa mano ado kamera da. hilangg lamaa duluuuuuuuuuuu wuwuuuuu T__T nangis siot gwa. dah 2011...kehilangan-mu masih belum ade pengganti sayang *caittt! padahal kamera jek..-____-'

kesimpulannya, entri ini hanya penuh dengan bebelan HA HA HA tiada langsung diserikan dengan gambar mahupun video seperti yang diharapkan oleh cik Niens :p sorry babe. aku tak save lagi lorr gambo-gambo and video malam tu tehee..



tapi....tapiiii.................

tapi aku ada gambar ihsan dari google :p
boleh la kan! hahaaha




again!



SELAMAT TAHUN BARU!
^__^v

cheerio!


puteri kesayangan hamba dan semua :')

assalamualaikum :)

Hari Khamis (30 Disember 2010) aku balik umah akak aku (Yayah) kat Bandar Tasik Selatan (BTS). iyelah, PM dah isytihar cuti Jumaat tu, sempena Harimau Malaya Aum-aumm menang Suzuki Cup kannn... :D happy siot dapat cuti. tapi kesian lak kat lecturer Eko Bentik aku tu (En. Wan). banyak dah kelas dia takde ni. kejap-kejap dia lupa kelas kitowg. skali dia nak ganti kelas tu, budak-budak (students) lak tak datang. hampeh toii arr bdak-bdak nih -___-' sian En. Wan. tapi disebabkan CUTI PERISTIWA hari Jumaat tu, terpaksa aku kebalkan hati. jangan kesiankan En. Wan...mueheheheee. takpe. aku tak bersalah. dah PM cakap cuti. so, sape lagi besar kuasa skang ni? hehehhh..

ok2 sambung story. kebetulan Khamis tu, akak sulung aku (Nani)+husband (Abg Radzi)+anak(Adriana) datang KL. akak aku tu memang dah lama plan nak lepak KL akhir tahun ni. SEBAB? sebab nak shopping la beb! setiap bulan dia akan simpan sikit daripada salary dia tuh semata-mata untuk simpanan SHOPPING! wallawehh akak aku memang brilliantO! aku pun senanye sejak dia bagitau cara-cara untuk shopping dengan 'heaven'nye, dah start menabung. ada 3bank. bank Islam memang khas PTPTipuu! , CIMBank simpanan shopping aku..hehe. lagi satu BSN. ni guna time matrik dulu jek. skang ni bankcard tu takleh read lak! geram seyhhh. kalau tak, lagi banyak tempat aku boleh savings :D adoiyaiii aku dah tersasar jauh ni -__-'

puteri kesayangan hamba ialah si kecik Puteri Adriana :') know what? dia betul-betul buat hati kecik gwa ni tersentuh beb! peh tacingggggg :')

Nani and famili lepak BTS sampai Jumaat je, then dyowg bermalam kat Cititel (kat MidV). tu hotel favourite dyowg sebab suka sangat shopping kat MidV+Gardens. pagi Jumaat tu Adriana ngah bfast ngan mama dia (Nani). sambil makan roti telur tu dia berjalan pegi kat aku sambil pegang air kotak Milo kecik (yang khas untuk kanak-kanak tu). time tu Rayyan (anak Yayah) dah bangun dari tido. so aku kena la jaga Rayyan sebab dia jalan pon terhuyung-hayang :D disebabkan kanak-kanak memang suke tengok/pegang/main benda baru so Rayyan try nak amek air kotak Milo tu dari Adriana. nasib baik ade aku so xdela berlaku pertumpahan air :p tiba-tiba Adriana letak something kat belakang aku. 

aku pun tengok lah. pelik (?)

aku: eh kakak(panggilan untuk Adriana)..kenapa letak air kotak ni kat sini. tu kat tangan tak habis lagi. nak bukak yang ni ke?
Adriana: tak lah. tu untuk cik Sent (panggilan anak2 sedara kat aku). cik Sent minum la skali :)
aku: la xpela. kakak minum jela. tu kan untuk kanak-kanak..
Adriana: takpe takpe. tu simpan untuk cik Sent laa...seriously time ni aku rase Adriana sweet gila! :')
aku: ok ok. tapi cik Sent simpan dalam peti eh? nanti Rayyan amek...
Adriana: ok!


maka thari tu berangkat lah Nani + famili ke Cititel. sedih siot aku. 2hari 1malam jek dapat jumpe dyowg T__T rinduu siot..nasib baik bukan 1famili datang. kalau tak lagi sedih :'( kiranye, lepas bermalam kat Cititel and shopping kat MidV selama 2hari, dyowg akan straight balik Pekan. memang tak dapat jumpa dah...

*************

pagi tadi (Ahad, 9.30am)..aku godek godek la peti sejuk umah akak aku tu sebab nak amek susu, nak buat Milo panas. tiba-tiba aku ternampak air kotak Milo Adriana kasi tu. serious! :-O aku ingatkan dia main-main jek nak kasi aku. iyelahh...Adriana tu bukan suke sangat share makanan ngan orang. tapi since Rayyan and Faiz lahir dia jadi tak kisah sikit. tapi seriously aku tak sangka psal air kotak tu. terkedu jap aku..dahla pintu peti sejuk terbukak, sejukkkk... lama aku termenung. peh terharu siot :') now air kotak tu aku bawak balik UKM. esok nak minum la kot :')


waaaaaaa...rindu kat Adriana. seriously dia betul-betul buat hati gwa terharu. tergenang air mata gwa beb! :')


sekian. tu je gwa nak story. tetiba gwa terasa nak curr-hat kat sini :') kalau lu geli, patutnye dari awal takyah baca..haha. satu je aku nak sampaikan kat sini. tak kira la umur berape pon kita. dengan sape pun kita buat baik..setiap kebaikan tu pasti ada balasan. setiap kebaikan tu pasti dapat menggembirakan. Adriana pun tau. baru nak masuk 4taun budak demok tu :')  korang? berbuat baik lah sesama kita... :)


puteri demok yang dimaksudkan :')
photoG: pija
edit: sentoro


ciao!