Saturday, January 7, 2012

nikmat ISLAM



Assalamualaikum J

Entah nape malam ni aku rasa sayu sangat. Rasa sedih tak pasal. Rasa nak merajuk dengan semua orang..haha. mengada aku nih. Pastu tadi aku saja-saja dok berjalan kat FB ade terjumpa lak kawan aku post satu video ni. Dia cakap:

Bila Allah sentuh hati kita, kita akan tengok video ni. Maka aku pun tengok...korang pun tengok skali, k? :)


dah tengok? aku tengok pukul 250am. bayangkan jela perasaan masa tu. aku tak malu nak mengaku kat sini yang aku dah nangis. menangis sampai bengkak mata, tersedu-sedu. sampaikan masa aku taip entri ni (jam 315am) aku masih menangis tak henti...

Allahuakhbar...

*****

antara sedutan:

Allah yang Maha Tinggi, apabila mencintai seseorang hamba, maka akan diwafatkan dia dalam Islam. dan setiap perkara yang ditarik daripada kita pasti akan ada gantinya (dari Allah) kecuali agama (maka tiada gantinya)

Jadikanlah hatimu gembira tatkala engkau menyembah Allah. sebahagian orang apabila menghadiri sesuatu perkara yang mubah atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian, dia merasa gembira kerana menghadirinya.
Bagaimana engkau tahu engkau (tetap) di atas Islam, (ialah) apabila engkau merasa gembira tatkala engkau mentaati Allah. Janganlah melakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya, tetapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Apabila Allah telah menetapkan kepadamu untuk solat Subuh berjemaah, setelah engkau keluar dari masjid, hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri dihadapannya dan membawa engkau bergerak menuju rumahnya (masjid)

kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan muslim, yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya. maka semoga Allah mengurniakan kepada kita Syurga tatkala kita memintanya

*****

aku mengaku aku tak penah ke sekolah agama yang rasmi macam orang lain. aku belajar mengaji (baca Quran) semua kat rumah je. belajar pasal solat pun secara tak rasmi kat rumah, kakak aku yang mula2 ajak aku solat..malunye aku masa darjah 1, ada kawan aku dah mula baca Yassin, tapi aku belum khatam Muqaddam :') tapi aku tetap belajar sebab tak bermakna aku tak penah berpeluang masuk kelas agama yang rasmi maka aku tak boleh belajar dan pengetahuan agama aku cetek :) Alhamdulillah dengan izin Allah, Dia beri kekuatan buat mak dan abah mendidik kami 8 beradik sebaik mungkin, menjadikan apa kami hari ni. aku tau aku belum pun lagi boleh dilabel sebagai muslimah sejati, tapi aku cuba. setiap hari aku cuba, insyaAllah..

dan kawan aku yang share video ni kat FB sebenarnya merupakan suatu kuniaan & hadiah dari Allah buat aku, tapi disebabkan kejahilan aku dulu, aku tak nampak. aku tak hargai. Allah jarang akan bagi apa yang kita nak, tapi Dia selalu bagi apa yang kita perlukan. aku hanya sedar yang aku perlukan kawan aku ni setelah aku masuk UKM. setelah aku diberi pelbagai dugaan dari Allah...

dia merupakan roomate aku semasa di matrik. aku selalu tengok dia solat, baca Quran. dan seringkali jugak aku terjaga pada malam hari (dalam pukul 330pg), aku tengok dia bangun solat malam. dan dalam setiap solat & bacaan Quran, dia mesti menangis. dulu aku tak paham kenapa dia mesti menangis. serious aku tak faham. aku cuba untuk dapatkan feel smpai menangis tu, tapi tak penah dapat :'(
(tapi sekarang Alhamdulillah aku dah paham kenapa dan apa perasaan sampai boleh menangis dalam solat & ketika baca Quran tu)
dia jugak yang ajak kami solat berjemaah kat bilik. usai solat, diikuti bacaan Ma'thurat, tazkirah, bacaan Quran. dia jugak yang ajar kami baca 1baris ayat dan lihat makna ayat dan hayati, ape yang Allah ingin sampaikan dalam setiap ayat tu...
ya Allah. dalam banyak2 manusia (kawan) yang Allah hadirkan dalam hidup aku, dia merupakan sahabat. aku rindu dia ya Allah, sungguh aku rindu :'(

satu aku mintak ya Allah, dimana pun dia berada, kau lindungi dia ya Allah. kurniakan dia kebahagiaan dunia akhirat. matikan dia (dan matikan kami juga) dalam Islam. dalam nikmat Islam & iman. jangan pernah biarkan hati kami terpesong setelah kau tunjukkan jalan yang benar, ya Allah. Amin...

***


ingat, selalulah bersyukur atas kurniaan Allah. jika anda dapat baca entri ni maka panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi pada hari ini.

dan ingatlah,
kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan muslim, yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya. maka semoga Allah mengurniakan kepada kita Syurga tatkala kita memintanya...


5 comments:

zey said...

kita belajar,

kita study,

sebab ilmu,

ilmu yang kita cari kerana Allah,

kita mencari ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah.

anyway, nice entry sern!

.::s e n t::. said...
This comment has been removed by the author.
.::s e n t::. said...

terima kasih..

betul tu. buat kerja sebab Dia, baru berkat... :)

JustKeepOnWriting said...

Super like :)

.::s e n t::. said...

eh Hai niens ;)