Thursday, July 15, 2010

hilang

aku terasa ada sesuatu dalam diri aku ni hilang. entah le. malang bertimpa-timpa jadik kat aku. fon tertinggal dalam taxi. alhamdulillah, pacik tu takde hati pon kat fon aku tuh, yelah, fon cinonet (kecik sangat) macam biskut (bak kata peja a.k.a akak aku), sape la yang nak pandang, kann? but then, semalam da unpack sume barang, satu lagi harta kesayangan aku iaitu kamera aku hilang. takde. (eh?) aku blurr. mane pulak peginye..? cari lagi, cari. tak jumpe pon. :"( sekarang, cosmate sume tau aku hilang kamera. hilang kamera tu bagi aku, umpama hilang separuh jiwa aku jugak. sebab dah memang aku minat gila photog! kalau tak minat gilakk, apesal pulak aku semangat buat tumblr lak kann? siap kasi nama url; photogmeLOVE lagi. :"( 


korang penah tak rasa putus cinta? haaa. teruk kan? tapi perasaan aku sekarang ni yang hilang kamera lagi supa-dupa-trupa kuciwa+teruk+remuk+redam..!!!! mane lagi nak cari. petang tadi abis kelas, punye lah lelah aku ngan anum memanjat tangga dan mendaki gunung (pehh! ini over, oke? :P) oke oke. tapi yang nyata, kami memang penat x hengat la kan. dah masuk bilik dan buat apa-apa yang patut, aku on la laptop. bukak fesbukk>tengok noti. akak-akak aku ade komen kat wall post. see. mereka blame and marahkan aku for the lost. Ya Allah, Dia je yang tau betapa hancur luluh hati aku bile aku tak jumpe-jumpe kamera tu. tetbe bukak fb, akak aku marah. sedihnyaaaaaaaaaaa! :"( :"( sumpah, aku nangis tadi (nangis sikit jela sbb sentap. haha) pelik gak aku. mana tah datangnye jiwe fragile nih? apesal mudah ngat nak sentap..? mana SENT yang tough dulu. yang x mudah nak sentap, xmudah nak nangis. tapi yela, sekali trkena kat benda yang aku sayang, sape tak sedih, kann? dah banyak kali da benda-benda kesayangan aku jadi camni. fon Nokia aku dulu tu pun da rosak secara tiba-tiba. nangis gak aku (ter-genang2 jap mata to be exact! :P). bukan nangis mcm owg putus cinta tu, cuma rase macam apesal kau rosak uhh? aku sayang gilakk kat kau, umpama cinta sampai mati..! kau rosak. kau da tak sayang aku.. :"( haaa, lebih kurang camtu la perasaan sebenar aku terhadap fon tersebut,,keh2. sekarang da oke. da heal da. tapi setiap kali tgk fon tu, sayu hati jadinye. rindu weh!! :') dan sekarang masalah kamera, aku tak tau. blurr sesangat. terimakasih buat yang berfikiran positif seperti cik niens. 


ps: hari ni memang takde mood. tambah-tambah lagi semalam mimpi incik pepel. anda sakit..! teruk sangat. it was a nightmare. kenapa nightmare (?). 1st sebab mimpikan kau! pastu pulak, kau sakit masuk hospital. aku yang hantar pulak tuh! tapi akhirnya, dalam mimpi tu kite xde cakap sepatah ape pon! memanglah mimpi tu mainan tido jek. haha. seriusli aku risau gilakk ngan mimpi tu. tapi apehal lak aku nak risau pasal kau kan? kau xde pulak bgtau kau sihat or tak. macam xperlu la nak bgtau bagai kann? oke la. enaff. aku merepek je tuh.

ciao!


2 comments:

.:padie_eyla:. said...

encek pepel tuh sape.? huhu

.::s e n t::. said...

ngahahh..mmbe dari kejauhan..kah kah! ;p