Tuesday, February 15, 2011

facebook + stalker = stalkerbook!

assalamualaikum :)

heyy what a beautiful day lah hari ni. semalam after exam marine chemistry memang tido lena gila- gila lah! hehe..tapi rasa macam syahduu sket semalam..hari ni kan hari kelahiran junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w. so secara x langsung buatkan aku teringat mak and abah. rindu nak dengar suara mak mengaji :') rindu nak berimam-kan abah waktu solat :') heyy rindu lahh! tapi malu nak cakap..haha!

so nak wish kat korang-korang yang membaca ni,
SALAM MAULIDUR RASUL :)

jangan lah sekadar wish tapi sama-sama lah kita memperbanyakkan berselawat. bukan hari ni je, tapi setiap masa :')



ok enough..ni nak gossip! haha..eh aku bukan kaki gossip. kalau orang bercerita dan kebetulan aku ada kat situ, so aku tau la..otherwise, mesti aku xtau. this time bukan la gossip nak burukkan orang ke apa. tapi ini peringatan dan nasihat buat 'mereka'+aku+KITA yang suka sangat buat benda-benda macam ni. benda apa? haaa sila tengok smule tajuk-----> stalker.



aku tau sume orang suka stalk. ada banyak jenis stalker. meh aku listkan:
1. stalker yang stalk orang yang dia kenal + dia suka orang tu. kiranye ada crush la ni ;)
2. stalker yang stalk orang yang dia kenal + dia taksuka. ni mesti ada konflik antara depa ni..
3. stalker yang stalk orang yang dia kenal + benci gila + menyampah gila kat orang tu. haaa ni konflik berat. dah taksuka menyampah benci tapi still stalk. 
4. stalker yang stalk orang yang dia sendiri TAK KENAL/TAK BERAPA NAK KENAL + dia benci + menyampah + meluat dengan orang tu. haaaa yang ni la yang aku nak story ni. apesal huh ada orang sekejam ni?



ok lemme explain one-by-one :P

#1. alah mengaku je korang penah buat semua ni. SEMUA ORANG buat kot. takkan la korang dah suka orang tu korang taknak langsung tahu EVEN bday dia? hahahahaha..ok aku mengaku aku buat ni. aku stalk Steven Gerrard :"> every single thing about Gerrard aku stalk, ok! HAHA..aku siap penah jealous lagi ngan wife dia time wedding dyowg dulu :( gila la aku ni..haha. aku stalk jugak Zahiril Adzim, Nate Archibald (Gossip Girl), and tak lupa ALI ! yeaappppp! best stalk si ALI ni. biasa lah, kita suka dia mesti la seronok stalk :P nak2 lagi dah ada FACEBOOK! ye dak? haha..dah stalk pandai-pandai la korang buat next step ye? next step: berkenalan (kot?) 


saya memang suka stalk orang 'muka ketat' macam awak ni :">
macam ALI jugak :)

p/s: ALI adalah pelakon KAMI, bukan mmbe kepada mmbe kepada mmbe kat FB. lol. tak rajin aku nk stalk mmbe kepada mmbe kpada mmbe :P


#2. haaa yang ni common la among us. especially girlssss *rolling eyes* depa ni macam xde keje lak kan nak stalk orang (cehh mcm la aku ni bkn pompuan :P) ok2 jangan amek hati lak ngan aku. aku just bgtau bnda betul je..aku penah buat SEKALI. sebab aku curious kenapa dia buat mcm tu kat aku. kitowg (aku & this girl) memang kawan tapi tak rapat coz kitowg kelas lain2 dulu. but then something happened between me and *^%#. ada kena mengena ngan this girl..so aku stalk dia untuk kepastian and kitowg siap penah discuss lagi. ok ini crite lama. dah almost 2tahun dah :) tapi kitowg end up baik2..sampai skang kitowg rapat..hehe. she's a really gorgeous kindhearted friend so why should i lose her? ;) ok ini story aku. aku stalk dia untuk kepastian & untuk dscuss benda tu elok2 TAPI ramai yang terlibat dlm golongan 2 ni tak berakhir mcm aku..certain mungkin akan berlarutan sampai depa jadi macam golongan #3 ni...


#3. yang ni paling bahaya! haha..aku selalu tanya orang why and why and WHY korang stalk dia kalau korang memang benci/nyampah/sakit hati ngan dia? jawapan yang diberikan adalah agak menghampakan aku. kalau boleh dibuat kajian memang aku nak kaji sangat kenapa ade orang yang jenis mcm ni. tapi xpela. tu hak masing2..so aku xnak kacau la :P ehh kalau ada yang baca ni terasa ke apa, SORRY tau! ;) no biggie :p



#4. haaaaa yang ni la motif utama aku nak menaip entri baru arini :P kalau setakat yang #1-3 tu aku tak kisah sangat sebab kita kenal. so banyak sebab untuk kenapa kita stalk and alasan kenapa kita taksuka someone tu sampai kita nak stalk dia. tapi yang ni???????? seriously kau takde keje lahh! aku memang meyampah betol dengan orang type macam ni. dahla tak kenal, kau nak accuse dia macam2. ok maybe physically kita boleh nampak orang yang kita tak kenal+taksuka tu gedik melampau/cantik@handsome gila!/hard gay/hard lesbo/manusia 2 alam atau apaper jela. tapi soalan aku: KAU KENAL KE DIA? bagi aku, sangat2 tak patut bagi kita semua untuk tuduh or mengecam orang yang kita TOTALLY TAK KENAL, dgn mcm2 tohmahan/cacian/umpatan/carutan. amboiiiiii baik benor yek kome ni sampai mcm tu skali nak 'buat' orang. orang yang kau tak kenal pulak tu. ok mybe kau kenal orang tu tapi kau kenal dia betul-betul/rapat ke? mestilah TAK kannnn??? so KENAPA ye kat dunia ni ramai sangat manusia yang sesuka hati jek nak menyampah/mencemuh orang yang dia xkenal? ada je orang-orang yang berada dlm lingkungan persekitaran aku skang ni (xkisah la kat UKM, kat kampung or kawan2 skolah/matrik lama) yang berperangai macam ni. aku rasa nak je tanya kenapa ehh sampai mcm tu skali perangai kau? 
nasihat aku: kalau kita mengaku kita ni lebih cantik@handsome, lebih baik, lebih lurus (tak gay/lesbo), tapi cuba tgk attitude kita pulak. mcm mane penerimaan kita terhadap orang lain. kalau baik saja tapi susah nak terima orang lain, susah la! kau je betul, kann? memang porak peranda lah dunia. pastu paling teruk bila kau tak kenal + kau cemuh dia then kau bagitau membe-membe kau yang lain. which this means that kau bawak mulut busuk kau tu, buat cerita padahal mmbe kau xtau apaper. tp sbb mmbe kau tu tgk kau berapi sgt, so dia ingat kau kenal la dgn orang yang kau benci mati tu padahal kau bawak mulut je..

kamon la. bawak-bawak la buang tabiat buruk tu. ni peringatan untuk aku, korang dan KITA SEMUA. aku nampak penyakit ni main berleluasa kot :( 


ok dah. tu je aku nak share. ni pandangan aku..apa yang aku nampak kat sekeliling aku. masing2 dah besar kan..dah masuk 20 dah semuanya. semoga peningkatan usia kita sejajar dengan peningkatan sahsiah serta peribadi kita. ni yg selalu Incik Pepel pesan kat aku dulu sbb slalu kot cerita probs kat dia :P jangan jadi orang yang tahu baik buruk, ajak orang ramai buat baik (dia tau amar makruf nahi mungkar) tapi dia lupa nak tengok/cek diri sendiri dulu. ini la antara kenapa kita semua boleh berpecah belah. paling teruk bila kita bawak mulut. korang nak stalk, sila la stalk sampai korang puas hati tp JANGAN sampai timbul fitnah. lebih baik kau bunuh je orang tu daripada kau fitnah dia..

and one more thing, Facebook kegunaanye adalah still connected with long-lost-friend and make new friends, bukan untuk stalk! tapi kalau stalk untuk kepuasan diri sendiri tu sukahati korang la tapi kena ingat tujuan asal FB tu..jangan jadi kejam (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya) atau bahasa mudah, salahguna sesuatu kemudahan tu. sbb ramai sgt stalker sampai FB nak tutup..haha!

till then. maaf atas kekasaran bahasa :)

wish all again, SALAM MAULIDUR RASUL :)

Friday, February 11, 2011

Canon Seri Budi

Assalamualaikum :)

tadi aku bosan bosan penat study kimia, ter-bukak satu belog ni..and ter-jebak kat satu entri Incik nih..haha! gila la sengal Incik ni. aku ter-jebak dengan entri Incik ni sebab aku memang ngah usha (survey) kamera pun. nak cari underwater camera..so bukak2 belog Incik ni, ade pulak story pasal Canon. tak leh blah nama nak MELAYU! :-O

ni story beliau. aku kopipasta penuh-penuh.


*****************

Kawan gua, Bahruddin Bekri aka Dingin, seorang penulis novel dan penulis di blog Sokernet, menceritakan pengalaman beliau yang begini di fesbuk:

beliau bgtau, membe beliau Semasa bertanyakan kamera SLR yang paling murah, tauke kedai itu berkata:

"Ada. Canon Seri Budi"

Dalam hati saya terbit juga rasa kagum. Tidak sangka ada juga kamera Canon yang namanya sangat kemelayuan.

Namun apabila kotak kamera Canon itu sampai dihadapan saya,

Ohh rupa rupanya:



"Canon 1000D"
LOL


*****************

bhahahahaa! sengal nak mampus! almost kena tipu, kununnye Canon ada kamera nama nak melayu pulak! baru nak bangga! LOL

korang pasni boleh la usha belog beliau. sini



ok ciao!

Monday, February 7, 2011

haaa amek lagi Torres kitowg. and Torres, seronok ke game semalam? seronokkan kalah

assalamualaikum..

clearly dari tajuk dah tahu aku nak story pasal bola. yela yela..ada certain mmbe PEREMPUAN aku dah bosan/jelik/muak dengar kalau aku story pasal bola. menyampah arr korang! time korang story pasal make-up la, dress la, heels la, BOYFRIENDDDSSSSSS la!..aku dengar jek! layan jek! asal time aku bukak cerita bola, semua buat2 xdengar. sumpah aku terasa :'(

tapi xpe. ni belog aku so sukehati la :P

LIVERPOOL aku menang. itu KENYATAAN. REALITI. ohh ye. coursemate aku, si Nasrun Hisyam ada baca belog aku ni ke? kalau kau baca Syam, aku harap kau be nice la kat aku yek? haha..takleh blah kelas Kimia pagi tadi, si Syam ni nak taknak je kasi kertas attendance kat aku. aku yang pelik+tak puashati apesal dy ni mcm nak cari psal je ngan aku, so aku tanye lah dia..."Syam, sape menang semalam" haha...slow je suara dia jawab, "Liverpool menang. 1-0"...wahahahahhaa...kembang jek hati aku pagi tadi. patut la mcm cari pasal je tadi..hik2~ thanks Syam. berita yang kau bagi aku tu memang buatkan mood aku hari ni elok jeeeeeeeeee :D smpaikan printer kat KESKA buat hal, aku rilek je tak marah-marah. kalau tak, mau gak aku mengamuk

GOAAAAAAL!!!


Torres: A blue amongst the red.


It just wasn't his day..eh?

FULL TIME A very professional job from Liverpool, who closed Chelsea down efficiently, including Torres, and took their chance when it came. Chelsea's title race is run and Liverpool move into sixth. -soccernet.espn-




p/s: torres blah tak terasa sgt beb. teringatkan alonso, itu yg paling terasa gila la weh...sampai skarang :( 

Thursday, January 20, 2011

1st fieldwork. yeay (?)

assalamualaikum :)

yes! malam ni akan bertolak ke Mersing for fieldwork. takdela happy sangat sebab tempat tu macam tak brape nak syiokk je -__-' sebab, xleh langsung turun laut...EVEN nak skin-dive T_____T weh rindu la siott nak dive. dah alang-alang pegi fieldwork ni, nak gak terjun laut. xde tank pon xpela asalkan dapat skin-dive. tapi, hampeh T_____T

bulan 2 nanti pun ada lagi fieldwork. duit keluar lagi. and, still tempat yang sama.. and ofcourse la takleh terjun laut! T____T benci la camni. ada senior bagitau kitorang semalam, time dyowg pegi taun lepas untuk subjek Iktiologi, budak Biology kena turun laut lumpur. bila budak Bio naik je, budak2 Ocean semua cakap budak Bio busuk. what the..... T____T air dia busuk ke? TAKNAK PEGI ! ! ! ! ! !

ok la. nanti akan update dengan gambar-gambar. gambar ihsan daripada kamera chaza and yana. naik tahun 3 aku beli kamera sendiri. underwater oke? haha..insyaAllah :)

tak sabar nak usha awan cantik kat Mersing. boleh snap2

ohh. last but not least (mcm ending english essay form 5 la pulak),  Selamat menyambut Thaipusam bg mereka yg menyambut!

ciao!

Tuesday, January 18, 2011

hope...


I hope our friendship wouldn't change even till we marry someone, we have children and old :')





*edited*

semalam bukak pendrive yang simpan gambar matrik, semata-mata nak cari ini budak (gambar berikut). aku sangat terhutang budi+nyawa la kat beliau ni. beliau seorang kawan yang sanggup susah demi aku. sorry bro, banyak susahkan lu :') and THANKS sangat-sangat!!! :')

beliau yang dimaksudkan ialah padiey (tengah)






ps: banyak gambar dicuri =P thanks mate ! ;P

Sunday, January 16, 2011

MTV Seoul Sunday yaww!

assalamualaikum :)

korang minat korea tak? now ada Seoul Sunday kat MTV and seriously aku rasa nak balik every weekend jek! haha. seronok la pulak dok melayan Kpop nih. btw, aku memang minat and layan segala macam jenis cerita korea dari dulu. start skolah menengah la. tapi jangan ce-try-test uji pengetahuan aku psal cerita-cerita tu sebab aku tengok suka-suka jek. so takde la nak ingat and kenal gila-gila ngan every single cerita and pelakon tu :D kpop (lagu2 korea) ni pun aku start minat time kat matrik. sebab pasal musik ni aku 'kureng' sket. bukan ape. aku dengar lagu2 yang aku boleh faham and kebanyakan lagu aku suka sebab lirik. yeahh..am lyrical-type :p

hari ni kat Seoul Sunday tu siarkan Bigbang. aku tak suka Bigbang..and aku jugak tak suka SuJu (super junior) sebab ape? sebab bigbang tak handsome..wahahahha!! senanye handsome je dyowg tu tapi bukan type aku..ecewahh! SuJu pulak ramai sangat. aku memang nyampah nak kenal-kenal sebab ramai sangat. tapi dyowg menari memang smart. haa part menari ni memang aku suka je semua2 group ni. 

handsome ke? aku suka baju kuning (kiri) ni jek


tapi kalau diikutkan dari segi tarian+lagu+rupa...aku memang suka gila kat DBSK :D 


ni lagu favourite! 1st time aku tengok performance dyowg kat Mnet award (kalau tak silap, tp yang pasti korean's award la) and terus SUKA GILA :D siap follow step nari lagi. thanks to roomate and budak2 depan bilik time matrik dulu tu..termasuk si padiey :D sebab korang korang korangggggg la aku terjebak..haha. mula2 malas nak join korang minat lagu+artis+band korea ni tapi trtengok Mirotic terus layannnnnnn :D till now, 1st place dlm list aku mmg DBSK la. lagi satu aku suka yang kat sini. and semua2 pasal DBSK aku suka... :D

weeee! suka semua tapi paling suka Jaejong (tengah) 
tapi gwa sangat tak berkenan dgn rantai tu T___T

hai yang tengah tuw *gediks*


wahai jejaka-jejaka kacak, lu olang dahla kachak. pakai pulak t's putih T__T
gwa dah jatuh sangat-sangat jatuh ni T___T please. lu olang memang handsome!
*drools*


pastu, tahun 2009 aku ada usha belog membe kepada membe aku ni. bdak tu study kat Jepun so banyak artis yang kita (malaysian) tak kenal, aku kenal pun bila baca belog dia. now aku tak ter-update dah sebab lupa url belog budak tu..haha. semua artis korea+jepun lahh! memang syiok belog dia. sayang weh dah tak baca T___T so skang ni aku macam biasa2 jela. cuma, aku start suka CN Blue kat belog dia lah. lagu I'm a Loner :D weewittt! handsome siott! dahla band! lagi la gwa sukaaaaaaaaaa! :D start dari situ layan CN Blue tapi mcm biasa, bab artis2 ni aku tak mengambil tahu sangat2. setakat lagu sedap aku dengar, aku layan je. 

aku suka 2 dari kiri. nama xtau (malas nak usha). suka sebab suara dia dlm lagu LOVE sodap!
mak aihhhhh..cair gwa dengar :') dahla handsome :')


lagi aku suka gak 2PM, FT Island. yang pompuan, biasa2 jek. biasa la tu kalau perempuan lebih tertarik kat group lelaki..duh~

aku suka semua gak tapi kalau ikut suara, prefer si Wooyoung. 
dahla comel, bagi aku suara dia paling sedap ^__^


ni sume jambu-jambu. HAHA. lantak la yang penting lagu dyowg sedap :D


owh ye. artis pertama yang aku kenal senanye Rain! and aku suka dia sebab mata kitowg sama! *poyo perasan lebih* hahaha..tapi membe aku, nama dia Eja. penah skali dia panggil aku and tetibe dia nampak aku ni mcm Rain (dari sisi tepi) wahahahhahahahha! itu dia yang cakap, OK? gila la Eja nih. lawak je *padahal dlm hati suka* =P

kesimpulannya, group2 simple je aku suka. malas nak minat yang ramai2 sangat ni. tapi stakat ni, lagu dyowg suma aku layan jek.


aku rasa aku paling suka entri ni sebab ramai jejaka kachak :')



ps: again, jangan ce-try-test-uji pengetahuan aku psal artis2 ni tak kira la omputih, melayu, korea, jepun, cina etc etc ni. memang aku fail la. aku minat lagu jee..haha. kalau handsome tu kira bonus la kann :D tapi psl bola boleh gak korang try test aku..haha

pss: jangan lupa tengok Seoul Sunday @MTV setiap Ahad !

just a dream...


Ann (mmbe aku) baru lepas tag aku kat video ni. kat FB. smart woo :D
petang yang chill and hujan-hujan ni memang syok gak layan nih..


enjoice!



Thursday, January 13, 2011

gwa sangat pantang orang gaduh-gaduh ni. gaduh manja takpe! =P

assalamualikum.


ohh no mood. seriously, no mood at all. petang tadi, after class i end up lepaking at library instead of heading back to college. know why? sebab kalau balik kolej confirm balik tido. mana taknye, after kelas terus g makan. then chaza balik. so aku kena cari port sesuai untuk lepaking. library is the best port to lepaking sorang-sorang :D try it! plus plus, aku dapat study yeayy!


ok now dah malam, aku 'study' How I Met Your Mother pulak..haha. fun weh funn! :D taktau kenapa malam ni memang takde mood nak bukak buku. maybe sebab petang tadi aku dah pulun habis kat library. so xdela rasa bersalah sangat nak layan movie malam ni. tapi ada something yang kacau aku. hemmph! nyampah tau! geram nih. terus takde mood nak 'study', lalu laju-laju bukak tab teru-toro-toru and tulis semuaaa nih -___-' roomate aku. dia nangis. gaduh-gaduh. jerit-jerit. hentak barang. aku rasa nak je masuk bilik and buat muka cool and tanya, "waddap bro?"


seriously, its sickening! aku tak suka lah orang gaduh-gaduh ni. nak nak lagi kalau stok-stok kapel-baru-nak-up ni gaduh. macam bodo je. *haaa..kan aku dah marah. once i say/write bodo, tu memang aku ngah marah la tuh -___-'


eh korang tak sayang ke bf/gf korang? and kalau sayang, kenapa sampai hati buat dia marah, haaa? aku taktau ape masalah dyowg (refer to roomate aku+bf dia tu)..tapi aku sangat-sangat tak suka gaduh, tak suka tengok orang gaduh and tak suka dengar orang gaduh. kalau ada sebelah pihak yang buat lagi sebelah pihak sakit hati, memang la akan marah..then gaduh, kan? entahla. aku ni pun mana tau sangat pasal cinta-cinta ni. kalau ye nak BENCInta bercinta pun, elok-elok lah. buat cara orang dewasa. i mean, secara matang. sebab orang dewasa pun tak semua pandai bercinta. apaper pun, kena lah matang. ehh entahla. seriously aku taktau nak tulis camne dah. pandai-pandai korang la pikir camne. paham kann? heeeeeee....


and now, aku dah cuak ni nak masuk bilik acane..? emosi orang bercinta gaduh-gaduh ni bukan leh caye sangat. cuakk weh! TOLONG AKUUUUUUUUUUUUUUUUU .........T__________T



wuuu yang merah kecik tu aku la tuu wuuuuuuu
T___T
benci. :\




ps: buat korang korang yang bercinta, jangan lah gaduh-gaduh. setel elok2..OK? nak2 lagi kalau korang dapat roomate yang innocent macam aku ni. cuak doe T___T takbaik tau seksa roomate comel baik innocent macam aku ni =P